Wednesday, 20 May 2015

Kawan Baru

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Wah, terasa excitednya nak bercerita tentang seorang kawan yang baru dikenali kelmarin. It's Ben from Oregon. Hensem juga... hehe... eh, tak baik puji a man lebih-lebih... istighfar cepat..

Bukan nak cerita pasal dia... cuma nak cerita tentang apa yang kami bualkan semalam. Korang tahulah kan... saya ni suka travel... tak dapat pergi jauh-jauh, dekat-dekat pun jadilah... kira travel juga tu kan. Jadi bila bertemu orang yang okay... dan boleh berbual mengenai banyak perkara dengan kita... saya akan rasa bebas untuk bercerita...

Dalam banyak-banyak perkara yang kami bualkan, pastinya topik tentang tempat-tempat menarik kat tempat saya ni menjadi perbualan utama. Saya kalau bab-bab berjalan-jalan ni memang favourite lah. Saya suruh dia pi sini...pi sana...macam-macamlah. Pastu pasal makan semua....saya suruh dia try makanan tu... try makanan ni... haha...

Memang rasa macam... `wow, banyak benda yang kami berdua suka!'. Yang paling bestnya, dia siap cakap saya kena tukar kerja jadi Tour Guide pula. Haha... rasanya ini bukan kali pertama orang cakap macam tu kat saya... yang minta saya tulis pasal travelog kat blog pun dah ramai sebenarnya. Even orang dari Majalah Libur pun ada yang bagi kad nama dia suruh saya hubungi dia dan tulis pasal travelog kat majalah tu. Tapi itu cerita lama lah... majalah Libur pun dah tak diterbitkan dah...

Saya memang nak tulis pasal travelog ni... dah tulis juga sikit-sikit tapi macam tu la... sekadar suka-suka. Rasa nak tulis, saya tulis. Tapi selalunya memang tak tulis pun... pi jalan sana-sini tapi tak dan la nak share kat blog. Tak cukup masa.... eh, eh....;)

Saya ni banyak sungguh `tapi'... dats y la jadi macam ni. Kena cari someone kot... orang kata kena ada `booster'... hehe... what a theory ><

Okaylah, apa-apa pun hidup kena happy. Buatlah apa yang kita suka, yang boleh membahagiakan kita. Bab berkawan pula... kawanlah dengan sesiapa sahaja yang kita rasa selesa untuk berkawan dengan dia. Yang boleh membuat kita tersenyum dan juga ketawa. Yang penting hati kena ikhlas.

Okaylah, sampai bertemu lagi. Sebelum tu jom kita layan lagu KAWAN nyanyian Ruhil Amani.



Adios!

No comments:

Post a Comment