Monday, 11 January 2016

Karnival Sukan Taman Seri Mahkota Kulim 3.0

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


[29.11.15]


Karnival Sukan bersama Jasa, MAKNA dan Jabatan Pergigian Kulim anjuran JPP Jawatankuasa dan Perwakilan Penduduk Zon 7 dengan kerjasama KRT & JIRAN WANITA Taman Seri Mahkota yang super-duper ohsem telah berlangsung dengan penuh meriah. Karnival kali ini disertakan dengan aktiviti Sukaneka, Bola Sepak Antara Lorong, Ceramah Kesihatan, Pertandingan Gubahan Sireh Junjung dan juga Ukiran Buah Tembikai.


Setiap aktiviti mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada anak-anak dan penduduk Taman Seri Mahkota. Semuanya berebut-rebut untuk mendaftar terutamanya bagi aktiviti sukaneka yang mana turut menyediakan hadiah-hadiah comel yang menarik. Terhibur juga melihat gelagat mereka.
Program dimulakan dengan Ceramah Kesihatan oleh Jasa, MAKNA dan Jabatan Pergigian Kulim. Perkongsian info mengenai kanser, pergigian dan amalan pemakanan sihat amat berguna buat kami semua. Bukan itu sahaja, kami juga turut diberi pemeriksaan gigi secara percuma. 






Sambil periksa gigi, sambil bertukar-tukar pandangan dengan pegawai kesihatan yang terbabit. Ada yang belek-belek pamplet yang disediakan. Sementara itu, pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah antara lorong pun dah mula, Lorong rumah saya pun turut mengambil bahagian. Go go GLC United. Haha...memang best team GLC United, Johan you....
Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. Juga sedikit cenderahati kepada pihak Jasa, MAKNA dan Jabatan Pergigian Kulim. Kali ini program sedikit havoc, sebab ada cabutan bertuah untuk penduduk-penduduk Taman Seri Mahkota. Hadiahnya amat 'mesra' sebab ada kopi, teh, gula, serbuk kari, serbuk kunyit dan macam-macam lagi.

Program tamat pada pukul 5pm. Sebelum pulang, AJK semua macam biasa kena kemas, sapu dan kutip sampah ;)

Adios!

No comments:

Post a Comment