Wednesday, 25 May 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 4

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 1
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 2
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016 - Part 3

Masih di PBAKL Maeps. Kat luar panas terik, kami kembali ke Dewan A dan terus menuju ke booth Popular. Kat sini ada slot Demo Masakan Bersama Chef Terkenal. Sebenarnya sambil jalan-jalan belek buku, kami akan singgah sini memberi sokongan dan belajar memasak daripada chef-chef terkenal ni. Bukan sahaja belajar resepi baru malah kami juga dapat merasa masakan tersebut.

Firstly, kami singgah untuk belajar memasak daripada Chef Fazalina Ismail yang  terkenal dengan gaya resepi makanan berkhasiat. Chef Fazalina ni dah keluar dengan buku resepi terbaru yang berjudul 101 Resipi Pengikat Kasih Keluarga. Ada pelbagai jenis resepi kat dalam buku ni.



Dan hari ni, Chef Fazalina nak berkongsi resepi yang amat mudah. Teruja pulak la kami nak belajar buat Nasi Ulam. Sebab ia menggunakan ulam-ulaman dan sayur-sayuran yang sememangnya berkhasiat untuk tubuh badan kita. Nak buat pun senang saja. Main gaul semua saja. Tak perlu masak. Guna nasi semalam, tak boleh guna nasi baru masak nanti tak jadi. Mula-mula blend cili macam buat sambal belacan tu. Lepas tu gaul sebati dengan nasi sekali dengan isi ikan goreng yang telah di buang tulang, Lepas tu masukkan segala jenis ulam-ulaman yang kita nak. Boleh pilih ulam apa yang kita suka. Pastu gaul dengan sebati. Jangan lupa masukkan garam secukupnya. Ha dah siap. Senang saja kan. Boleh buat juadah berbuka puasa. Kan...




Bukan Nasi Ulam saja, Chef Fazalina juga berkongsi resepi Kek buah kukus. Kek ni dah siap, sebab kat sini tak boleh masak. So beliau cuma berkongsi resepi dan cara-caranya sajala. Kami semua dapat rasa sorang sikit Nasi Ulam dan Kek Buah Kukus ni. Memang sedap.


Lepas habis demo daripada Chef Fazalina, jalan-jalan lagi sementara nak tunggu slot Dari Dapur Chef Selebriti. Chef Norzailina Nordin kot... mesti la nak pi tengok kan. Saya kan suka masakan Chef Lin, sedap macam mak-mak kita masak.


Kali ini Chef Lin nak berkongsi resepi Kerabu Nanas Lada Hitam yang dimuatkan dalam buku Masak Mini terbaru beliau. Memang senang sangat nak buat kerabu ni. Nampak tu, ada bawang, tomato, nanas, timun, isi ikan. Lada hitam jangan dilupa. Cepat dan sedap. Saya suka sangat, nanti ada masa memang nak try.



Chef Lin juga berkongsi resepi Nasi Khabsa Kambing. Nasi ni dah siap dimasak sebab kat sini tak boleh memasak cuma Chef Lin tunjukkan bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara memasak saja lah. Nampak macam senang dan faham tapi bila balik saja habis semua lupa. Apa-apa pun nasi ni memang sedap. Makan lak dengan kerabu nanas lada hitam, memang sikit tak cukup. Hehe...



Chef Lin juga belanja kitaorang Puding Pandan ni. Memang sedap. Ala Chef kalau masak apa pun semua sedap. Betul!! Hehe...


Okay, jam dah pun menunjukkan pukul 3:30pm. Berakhir sudah kunjungan sehari saya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur MAEPS 2016. Walaupun kunjungan yang singkat namun ada momen-momen indah yang tetap diingati sampai bila-bila. 

Insyaallah, kita jumpa lagi di PBAKL 2017 nanti.

Adios!

4 comments:

  1. syokkan... tengok demo dan dapat rasa masakan tu sekali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... bijak kita kan Bonde...
      Makan free ajer...

      Delete
  2. Bestnye dpt beli buku Murah, dpt mkn free lagi...;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best, setiap tahun tak pernah miss gi pesta buku. Jomlah...

      Delete