Friday, 16 July 2021

[2016] #8 I Love Georgetown Run

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

I Love Georgetown Run
07 Ogos 2016
1st Avenue Mall, Penang
7KM Fun Run

Event ni best sangat. First time berlari bersama Nana yang datang dari Jauh. Nana ni kawan travel As, dia tinggal di Nilai. Time ni dia turun Penang untuk join event ni di samping jalan-jalan makan angin kat Penang.


I Love Georgetown Run ni memang annual event. As suka event ni sebab route dia memang best. Kita akan berlari melalui jalan-jalan bandar Georgetown yang dipenuhi dengan Street Art dan bangunan-bangunan yang menarik.



Nama pun larian fun run kan, jadi banyak kalilah As stop berlari singgah ambil gambar sana sini. Sepanjang jalan memang menikmati sangat environmentnya. Medal pun cantik sangat.


Sebelum balik, As bawa Nana singgah makan Nasi Padang yang amat terkenal di Transfer Road. Memang terbaik menu dia terutama Ikan Cencaru Sumbat. Super duper delicious. Yummy...


Rindu nak repeat route ni lagi. InsyaAllah, ada rezeki mesti berpeluang lagi untuk join balik larian ni kan. Sabar menanti...

Nak baca lagi kisah larian saya? Boleh klik pautan di bawah.


Jumpa lagi.

20 comments:

  1. Rindunya nk masuk run tp sejak pandemic ni tak dpt dh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan, jenuh kena sabar menanti. Nanti bila dah open rasanya mesti limited. Jenuh berebut...

      Delete
  2. Semoga pandemik cepat berakhir dan boleh berlari lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... sekarang ni berlari dalam rumah saja...

      Delete
  3. Semoga pandemik cepat berakhir dan boleh berlari lagi

    ReplyDelete
  4. Hanya mampu throwback je la, sekarang ni, kan. Lari dalam kawasan bandar seronok, banyak benda boleh tengok, jamu mata, kan, As. Sedapnya tengok nasi padang. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita bertb jer dulu. Semoga momentum larian tu kekal berpanjangan. Btw nasi padang kat Transfer Road tu memang best... Ikan Cencaru Sumbat tu kena tunggu dia goreng. Panas-panas memang sedap giler...

      Delete
  5. tahniah kerana menjalani kehidupan yang aktif...semoga terus sihat

    ReplyDelete
  6. Sekarang lari depan belakang aje. Lepaskan 5 km. 🔥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, dah cukup baik dah tu kalau dapat 5km. Good Job!

      Delete
  7. Lama tak berlari.. Dulu-dulu rajin juga joging petang-petang..

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Dah hampir dua tahun tak ada event ni, rindu bukan kepalang... Nanti ada rezeki jom la join sekali...

      Delete
  9. nadyya dah xde tenaga nak berlari ni. kejar anak lari2 pon da penat ni.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe itu pun dah cukup baik tu. Exercise juga... :))

      Delete
  10. Replies
    1. Nasi Padang kat Transfer Road Penang tu memang femes... memang sedap ikan cencaru sumbat tu..

      Delete