Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini, As nak berkongsi resipi Rendang Daging Cili Padi yang menjadi kesukaan As dan Aliff. Resipi ini daripada nenek Aliff. Cara nak buat memang mudah sangat dan bahan-bahan pun simple saja. Yang penting memang sedap dimakan bersama ketupat atau pun nasi putih.
Bahan-bahan:
(Bahan A)
- 5 ulas bawang merah
- 2 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 3 batang serai
- segenggam cili padi (kalau nak pedas boleh tambah cili padi)
- 1 inci kunyit hidup
- 1/2 kilo daging
- santan
- sedikit gula & garam
- kerisik
- daun kunyit
Cara membuatnya:
- Kisar semua bahan A. Tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan santan.
- Masukkan daging. Masak sehingga daging empuk. Tambah air dari semasa ke semasa sehingga daging empuk.
- Masukkan sedikit gula, garam atau perasa yang kita suka dan sedikit kerisik.
- Akhir sekali masukkan daun kunyit.
Dah siap. Boleh dihidang bersama ketupat atau nasi putih.
Selamat mencuba ya.
Nota:
Tak perlu letak bawang putih dan empat sekawan.
Kalau guna ayam, letak sedikit asam keping.
Jumpa lagi.
Waa.. Nampak sedap je..
ReplyDeleteMemang sedap fairus. Cubalah...
DeleteSedap rendang daging bila ditambah kerisik tu. Mudah nak masak pun cuma ambil masa tunggu daging empuk. Saya suka makan dengan lemang atau pulut.
ReplyDeleteBetul tu, bila letak sedikit kerisik baru rasa rendang. Nak tunggu daging betul-betul empuk memang lama. As set masa jer, bila dah cukup masa baru test dah empuk ke belum. Tak perlu sekejap nak test sekejap nak test...hehe..
DeleteAs suka makan dengan ketupat. Lemang kurang sikit tapi kalau kat rumah orang As balun serupa tu jer... kihkihkih..
Sedap tu. Kena cuba la nanti.
ReplyDeleteMemang kena cuba ni Abam kie sebab simple sangat resipinya...
Deletenampak lembut daging tu..sedapnyaaa
ReplyDeleteAlhamdulillah, lembut elok. As kalau masak rendang memang biar lama mereneh.
DeleteMenggiurkan betul rendang tu. Dapat makan dengan lemang sedapnya...
ReplyDeleteBetul tu, dapat makan dengan lemang atau ketupat memang terangkat!
Deletesedap rendang daging, biasa saya guna instant paste je 😘😘
ReplyDeleteOh ye ke, guna instant paste pun okey jer kan, janji sedap...
Delete