Saturday, 5 March 2016

Cuti-Cuti Alor Setar: Muzium Negeri Kedah

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Wah, banyak juga rupanya tempat-tempat yang menarik kat Alor Setar ni. Kira-kira dah sampai ke destinasi ke-10 ni. Lepas Rumah Merdeka, kali ini kita pi melawat Muzium Negeri Kedah pula. Sedar tak sedar, kebanyakan tempat-tempat menarik di Alor Setar merupakan tempat-tempat Sejarah ya. Puas belajar sejarah, nanti balik mesti boleh Score A :)


Muzium Negeri Kedah ni terletak di Lebuhraya Darul Aman. Senang cerita berhadapan dengan Stadium Darul Aman. Ia dibuka setiap hari bermula jam 9am - 5pm. Kalau hari Jumaat tutup untuk solat Jumaat dari pukul 12:30pm - 2:30pm. Masuk adalah percuma.

Menurut Wikipedia, Muzium Negeri Kedah adalah bekas Istana Kota Setar yang merupakan pusat pemerintahan baginda Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah II. Bangunan Muzium ini dibina pada tahun 1736 dan memaparkan adunan kesenian Melayu dan kesenian pengaruh Siam. Semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddi Mukarram Shah, bangunan Muzium Negeri Kedah ini juga dikenali sebagai Istana Pelamin kerana menjadi persada upacara perkahwinan diraja untuk beberapa kali.

Hmmm, patutlah bukan main besar lagi Muzium ni. Bertingkat-tingkat. Masuk kok sini keluar kok sana. Memang besar dan terasa macam bangunan kosong dan lama. Sebab masa kami pi melawat tu orang tak ramai sebab tu rasa macam masuk bangunan kosong jer. Sunyi sepi pulak tu.

Muzium Negeri Kedah menyimpan pelbagai khazanah Kesultanan Kedah dan pusaka kebudayaan negeri Kedah. Jadi kita pi baca satu-satu dan melihat sendiri artikel dan khazanah-khazanah lama yang dipamerkan. Sekadar menambah pengetahuan apalah salahnya kan :)





Kebetulan hari yang kami pergi melawat tu ada pameran Kegemilangan Era Tamadun Islam 1001 Inventions (Discover The Golden Age Of Muslim Civilisation). Pameran ini dikenakan bayaran masuk RM10 untuk dewasa dan RM5 untk kanak-kanak. Ada juga pakej untuk sekolah dan keluarga. Alang-alang dah datang sini kita masuk tengok pameran sekali la.


Di sini kita berpeluang untuk mendalami, mamahami dan mempelajari tentang tokoh-tokoh yang menghasilkan idea dan inovasi yang hebat. Pameran yang berbentuk interaktif yang penuh dengan ilmu dan permainan ini memang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.







Pameran ini masih berlangsung di Muzium Negeri Kedah sehingga 30 April 2016. Jadi masih ada masa lagi untuk berkunjung ke sana. Jangan lepaskan peluang ini tau.

Okay, perut dah lapar. Jom kita cari tempat makan pula. Sekarang waktu lunch tapi hati teringin nak makan durian. Ah, boleh gitu! Kira boleh la kan. Jom kita pi cari Gerai Awi Pulut.

Adios!

No comments:

Post a Comment