Saturday, 19 March 2016

Sambal Udang Irdina

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ramai sebenarnya yang minta saya share resepi Sambal Udang Irdina ni. Saya pun tak pasti apa yang istimewanya sebab saya kalau memasak nak cepat dan ringkas saja. Tak mau renyah-renyah ni. So resepi saya resepi biasa-biasa saja. Tapi tak apalah, kita share sajalah kat sini.

[SAMBAL UDANG IRDINA]


Bahan-bahan:

Udang bersaiz besar
Cili kering
Bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Daun kari
Garam
Gula

Cara-caranya:

1. Udang - buang semua kulit. Belah di bahagian belakang dan bersihkan. Tapi kalau tak nak buang kulit semua pun tak apa, ikut kesukaan uolls la. Saya buang kulit semua sebab ada princess nak makan. Kalau tak buang kulit siap-siap nanti saya juga yang susah sebab kena tolong kopekkan. Hehe...

2. Oleh sebab saya buang semua kulit, jadi kulit udang tu saya bersihkan dan rebus. Airnya ditapis dan dijadikan stok udang. Stok udang ni digunakan untuk kisar cili nanti.

3. Cili kering dikisar bersama sebiji bawang besar dan sebiji bawang putih. Kalau guna cili kering banyak, boh la 2 biji bawang besar. Masukkan sikit minyak masak untuk hancurkan biji cili tu. Jangan lupa guna air stok udang tadi tau.

4. 2 biji bawang merah dan 1 biji bawang putih ditumbuk sederhana halus. Tumbuk sikit saja, biar nampak rupa bawang baru masakan kita nanti sedap.


5. Dah boleh start masak. Tumis bawang yang ditumbuk tadi bersama daun kari hingga kekuningan. Masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.


6. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masak lagi sampai betul-betul pecah minyak.

7. Masukkan udang dan gaul sebati. Tunggu sampai udang masak.

 

Tara... dah siap pun Sambal Udang Irdina. Bolehlah dihidang bersama nasi putih. Hmmm.... sedapnya...! Uolls cubalah resepi saya ni yea... memang sedap. :)

Irdina... jom makan....!

Adios!

2 comments:

  1. sedapnya as...lapar nengokkan...dahler belum sarapn ni. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... makan ngan nasi lemak pun sodap ni... :D

      Delete