Wednesday, 7 October 2015

Cabaran Instablog EFGKBBA Day 4 - Apa Anda Selalu Cari Dalam Freezer?

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi & Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Wohoo.... syoknya dah sampai Cabaran Instablog Day 4. Tajuk apa pula kali ini yer? Ha ni dia...


Apa Anda Selalu Cari Dalam Freezer?

Ha cuba teka apa la yang saya selalu cari dalam freezer? Of cos something yang boleh dimakan kan. Tapi apa agaknya yer?

Sebelum tu nak bagitau la... freezer kat rumah saya rosak. Dah hantar kedai untuk repair... nak beli freezer baru tak terbeli. So yang ni freezer pinjam kat kedai.. hehe.. kira ok la kan...janji boleh berkhidmat untuk saya...


Saya baru jer jenguk freezer saya tadi. Ini jer yang ada... tapi itupun dah cukup nak tunjukkan benda apa yang saya selalu cari dalam freezer saya.


Sila rujuk gambar di atas yer. Benda yang wajib ada dalam freezer ialah pelbagai jenis minuman kesukaan saya. Sebab bila saya buka freezer, maknanya saya nak cari minuman dan bila saya nak minum maknanya saya akan cari freezer. Hehehe... 

Ini senarai minuman yang mesti ada dalam freezer saya. Yang ni kira wajib ada, yang lain-lain tu ikut mood la.

1. Jus Tropicana Twister
2. Susu Marigold HL Chocolate atau Original
3. Susu Dutch Lady Chocolate atau Full Cream


Selain cari minuman, saya juga akan cari Mayonis Ladys Choice dan Ayam Brand Tuna dalam freezer saya. Ini kira time pagi nak buat breakfast la. Saya memang selalu simpan stok mayonis dan tuna ni sebab senang nak buat breakfast. Memang mudah dah cepat. 


Okey, itu jer yang saya selalu cari dalam freezer. Simple jer hidup saya kan. Hahah~

Jumpa lagi nanti :)

Tuesday, 6 October 2015

Cabaran Instablog EFGKBBA Day 3 - Perkara Wajib Buat Setiap Hari

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah sampai Cabaran Instablog Day 3 - Perkara Wajib Buat Setiap Hari.

Ini kira macam rutin harian kita la yang memang setiap hari kena buat. Kalau tak buat kira tak senang duduk la kot noo....

Rasa kelakar gak bila fikir tajuk ni sebab saya rasa nanti semua orang akan cerita benda yang sama. Kalau ada yang lain tu kira memang rare laa... hehe...

Okey, pertama sekali setiap hari of cos la saya kena mandi dan gosok gigi. Benda biasa jer kan tapi sebab nak nampak dia luar biasa sikit jadi saya nak kongsi ubat gigi yang saya guna. Dulu saya guna ubat gigi Darlie tapi sekarang ni saya dah tukar guna Ubat Gigi Garam Buluh. Ia amat baik untuk mencegah sakit gigi, bengkak gusi, gusi berdarah, gigi kuning dan macam-macam lagi la.

Foto: FB Siti Haida Ley
Perkara kedua yang akan saya buat setiap hari ialah serve internet. Saya rasa semua orang pun buat benda ni kan... check FB...IG... tapi saya tak la update status setiap hari cuma buka jer setiap hari... baca status kawan-kawan... komen sana sini sikit-sikit jer... hehe... Okok... nak follow saya? Boleh jer...


Last but not least... perkara wajib yang saya buat setiap hari ialah "senyum". Marah macam mana pun saya tetap kena senyum ;)

Senyum seindah suria
yang membawa cahaya
senyumlah dari hati
duniamu berseri...

Okey, jumpa lagi nanti.

Cabaran Instablog EFGKBBA Day 2 - Ada Apa Dalam Wallet Anda?

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Inilah Cabaran Instablog Day 2 dengan tajuk yang amat sinonim dengan selebriti kita. Sebab apa saya kata sinonim dengan selebriti...? Sebab selalunya selebriti jer yang kena terjah benda-benda ni. So mari kita sesekali fefeeling selebriti hokeeh. Dan inilah tajuknya...

"Ada Apa Dalam Wallet Anda?"

Okey jom kita selongkar wallet saya... Cam best jer... Haha...sendiri tulis sendiri angau :) Apa-apalah...aiman tak kisah! Haha.. So tara... inilah wallet comel yang saya tengah guna sekarang. Tengok tu brand tak mau kalah... Jimmy Choo awak... tapi yang sebenarnya beli kat Night Market Batu Feringgi jer...eh eh...


Ini pula screenshot bahagian dalam. Ada slot untuk kad, untuk syiling dan juga wang kertas. Nampak macam okey jer tapi sebenarnya saya tak buat housekeeping lagi. Tapi tak pe, saya pun teringin gak nak tau apa yang saya simpan kat dalam ni...


Macam orang len gak... kat dalam mesti la ada kad pengenalan, lesen memandu dan kad bank kan. Jadi kita tak payah tunjuk yang tu. Kita tunjuk kad lain yang ada dalam wallet saya. Ini dia... kad-kad ni yang selalu saya guna. Sebab tu kena simpan elok-elok dalam wallet.


Ini pula segala benda yang ada yang saya simpan entah dah berapa lama. Patut la berat semacam jer wallet saya...


Yang special nya kat sini... saya memang suka buat koleksi duit kertas negara-negara lain. Duit lama ke duit baru semua saya suka. Saya memang simpan dalam album tapi yang ni kes tak sempat simpan la tu... so memang dok terperap kat dalam wallet la.


Ada lagi... ini pula duit RM100. Duit ni tak boleh guna tau... saya nak simpan buat koleksi jer. Saya ni bukan la sengaja nak simpan duit 100... besar tu...kalau pi shopping banyak benda yang boleh dibeli. Tapi ada sebabnya... Nak tahu apa sebabnya...? Ha cer tengok nombor yang tertera kat duit tu...? Nampak tak...?

Okey, itu jer yang ada dalam wallet saya.

Sila selongkar yer;)

Monday, 5 October 2015

Cabaran Instablog EFGKBBA Day 1 - Selfie Paling Comel

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Okey, mari kita mulakan Cabaran Instablog Day 1 dengan tajuk yang amat comel sekali..

"Selfie Paling Comel"

Ha, bab selfie ni memang saya suka sangat tapi tak adalah selfie memanjang jer kerjanya. Selalu saya akan berselfie time pagi pi kerja. Selfie dalam kereta tapi bukan sibuk selfie sebelum pi kerja tapi selfie masa dah sampai parking area kat opis hokeeh...Itu pun tengok masa juga... kalau sampai parking pun cun-cun pukul 8am memang tak ler jawabnya. 

Okey... inilah gambar Selfie Paling Comel dari pandangan mata hati saya. Cewahhh.

Selfie Paling Comel : Sebab saya rasa gambar ni saya nampak comel. Ahaks..
Selfie Paling Comel : Sebab saya suka baju dan shawl yang saya pakai ni...
Selfie Paling Comel : Sebab gambar ni saya sedang ketawa bahagia dengan BFF saya...

Okey, selesai sudah Cabaran Instablog Day 1. Jumpa esok ;)

Hello... Hello...I Am Back!

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello...hello.... dah lama sangat saya menyepi. Hampir tiga bulan lamanya. Begitu cepat masa berlalu. Rindu sangat nak mengomel kat sini....

Hari tu saya ada terbaca post seorang rakan di FB tentang Cabaran Instablog 7 Hari EFGKBBA. Tajuk-tajuk yang diberi tu memang best. So saya memang nak join sangat-sangat la. Tapi alih-alih.... ha tengok la sekarang baru saya ada masa nak mengomel. Rasa frust juga tak sahut cabaran tu.

Jadi, sekarang ni saya tak kira. Sebab tak nak rasa kempunan, saya nak juga sahut cabaran Instablog 7 hari tu. Tak salah di sisi undang-undang kot kan. Tapi tak pe...kalau rasa saya buat salah, sila inform saya k. Ececeh...

Okey, tak leh ngomel banyak sebab banyak lagi nak kena ngomel satgi. Dan... cabaran pun bermula.

Stay Tune....

Thursday, 16 July 2015

Koleksi Edisi Khas Syawal 2015

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Facebook dan Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Okey, seperti yang dijanjikan inilah dia sebahagian daripada koleksi majalah edisi bumper raya tahun ini. Ini cuma sebahagian sahaja sebab saya cuma share majalah yang saya beli sahaja. Mungkin ada lagi edisi bumper untuk majalah lain yang saya tak beli, jadi korang yang suka majalah yang saya tak beli tu... korang wajib beli yer XD

Amboi.... saya punya intro berbelit-belit kan. Hehe... Okeylah, jom kita tengok majalah apa yang best dan menjadi pilihan saya untuk tahun ini. Haha... macam lah tahun lepas beli majalah lain. Rasanya setiap tahun sama saja eh. :P

Edisi Khas Syawal 2015 Majalah Mingguan Wanita


Edisi Khas Syawal Majalah Keluarga


Edisi Khas Ramadan & Aidilfitri Majalah Harmoni


Edisi Bumper Majalah Nur


Edisi Bumper Majalah Rasa


Edisi Eksklusif Syawal Majalah Media Hiburan


Edisi Khas Salam Eid Ul Fitr Majalah Hijab Fesyen


Edisi Salam Aidilfitri 2015 Majalah URTV


Okey, jadi macamana semua? Nampak menarik sangat majalah-majalah ni kan. Jangan lupa dapatkannya di pasaran sekarang. Di samping ketupat dan rendang, kuih-muih aneka rasa, koleksi majalah hari raya juga boleh dijadikan santapan senggang buat tetamu yang berkunjung.

Salam Lebaran. Raikan lebaran dengan senyuman.

Friday, 3 July 2015

Saya Suka Sangat Edisi Bumper Raya!

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salam Ramadan ya... hari ini dah 16 hari kita berpuasa. Alhamdulillah.... cepat juga ya...tup tup dah pun 16 hari. Dah ada yang sibuk-sibuk buat persiapan untuk berhari raya? Baju raya... kuih raya... hehe... mesti dah ada yang sibuk membeli-belah kan. Bagus juga prepare awal-awal... kalau lambat-lambat takut nanti kelam-kabut pula. Yang paling sedih kalau nak beli baju dan kasut tengok-tengok saiz dah habis...kan...kan...

Okaylah, nak cerita ni.... ada satu benda yang saya suka sangat kalau time nak raya. Ha... siapa tahu apa dia yang saya suka sangat tu...? Apa dia...? Apa dia...? Hehe... ya betul....


SAYA SUKA SANGAT KUMPUL MAJALAH EDISI BUMPER RAYA


Ini koleksi Edisi Raya 2014
Menarik kan statement saya tu! Setiap tahun saya mesti beli Edisi Bumper Majalah Seri Dewi & Keluarga, Majalah Harmoni, Majalah Hijabista, Majalah Nur, Majalah Mingguan Wanita, Majalah Nona, Majalah Rasa, dan yang paling saya suka time nak raya ni ialah Majalah Media Hiburan. Hehe... Kalau nak diikutkan memang la saya kureng sikit majalah cerita artis-artis ni... tapi kalau Edisi Bumper Raya punya saya mesti beli. Sebab.... saya suka tengok dan baca cerita artis-artis berhari raya, tengok foto keluarga....tengok anak-anak diorang... tengok baju kasut yang macam-macam fesyen tu... eh pendek kata memang saya sukalah!

Kalau uolls nak tahu...best tau Edisi Bumper Raya ni... dah la tebal, ada macam-macam cerita... paling saya suka tengok pelbagai jenis koleksi fesyen hari raya daripada jenama-jenama fesyen yang semua orang tahu memang meletup-letup sekarang ni. Bukan nak beli baju tu pun, just suka belek-belek dan cari idea untuk buat baju sendiri. Yang mana rasa berkenan dan mampu milik tu, boleh la beli kan... yang mahal tahap retis tahap jutawan tu kita cuci mata sajalah. Tapi tak salah kalau kita ambil idea untuk fesyen diri sendiri. Kan...kan...kan... 

Bukan itu saja, koleksi resepi pun banyak. Semua majalah ada segmen resepi. Bukan Majalah Rasa saja tau... jadi banyak lah koleksi resepi yang boleh kita cuba. Tapi saya tak cuba pun lagi la... hehe... simpan dulu... mana tahu nanti bila dah jadi Super Suri bekerja dari rumah mesti ada banyak masa untuk mencuba pelbagai resepi kan... Masa tu memang berguna sangatlah koleksi resepi-resepi ni ;)

Okay, nanti saya akan update koleksi majalah-majalah Edisi Bumper Raya 2015 yang saya dah beli. Dah ada yang beli dah pun, tapi ada juga yang belum beli.

Stay tune yea...

Kurangkan Juadah Lebihkan Ibadah.

Selamat Berpuasa.