Friday, 6 July 2018

[2018] #1 Langkawi Fun Nite Run 2017-2018

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[Langkawi Fun Nite Run 2017-2018]
[31 Dec 2017/1 Jan 2018]
[Dataran Lang Langkawi]
[10KM 10th Placing]

Alhamdulillah, penutup yang manis untuk 2017 dan permulaan yang baik untuk 2018. Walaupun sebelum event dah banyak kicau burungnya... tapi tekadkan hati.. kita join juga. Dan seperti yang dijangka, tunggu nak Flag Off pun sampai boleh tido dulu. Haha...

Walau apa pun, ia suatu pengalaman yang menyeronokkan Berlari bersama pelari-pelari elit dan penyumbang pingat untuk Sukan Sea... tak kurang juga orang-orang Langkawi yang turut serta. Route tak yah cakap la, memang best turun naik bukit. Haha... best la sangat kan... orang naik bukit sambil berlari, kita lak jalan termengah-mengah. :D

Tapi apa pun, kalau dah rezeki tak ke mana. Dapat juga 10th placing... jadilah kan.. kenangan indah sebagai permulaan di tahun baru. Harap-harap semangat tu akan berterusan untuk event seterusnya.


Terima kasih buat semua especially Pakku & family dan kawan-kawan yang support. You are the best! Dan tahniah buat semua yang join event ni.

Selajus Runner.
Turtle Runner vs Pelari Misteri.


Much💗,

Wednesday, 20 June 2018

Nak buat Giveaway La..

Teks: As Samsudin
Foto: Carian Google



NAK BUAT GIVEAWAY LA...

ADA YANG NAK JOIN KE?

FIRST TIME NAK TRY BUAT NIH... Dah lama teringin sebenarnya tapi tak ada idea nak buat macamana...

UOLLS NAK HADIAH APA?

CER CITER...

Much💗,

Friday, 9 March 2018

Wonderful March Giveaway by Raydah Alhabsyi

[Sumber: www.raydahalhabsyi.com]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner untuk join :)

Much💗,

Cash Giveaway by FarhanaJafri

[Sumber: www.farhanajafri.com]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hai semua...
Ni pun best juga ni... jom ler ramai2 kita join :)


Klik banner untuk join yea :)

Much💗,

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

[Sumber: www.leaazleeya.com]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hai semua...
Jom join GA yg best ni. Hadiah meletop kebaboom kan...

Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

Klik banner untuk join ya :)

Much💗,

Thursday, 8 March 2018

Happy International Women's Day

Teks: As Samsudin
Foto: Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Happy International Women's Day.
When Women Support Each Other, Incredible Things Happen.



Be Happy,
Be Bright,
Be you!



Thanks #JLL #intel
#pressforprogress

Much💗,

Thursday, 22 February 2018

D' Rauna Gallery - It's A Home Mini Library

Teks : As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


D'Rauna Gallery
~it's a home mini library~

Sudah lama mini library tidak beroperasi. Ya... hampir dua tahun lamanya, kosong dan terbiar sepi. Tapi kini perasaan nak meriahkan balik semakin berkobar-kobar. Sudah pasti tujuan utamanya di samping untuk masyarakat setempat, ianya adalah untuk kepuasan diri sendiri. 

Saya dan buku tidak dapat dipisahkan?

Ya, tapi itu dulu. Sekarang ni sudah terpisah jauh, banyak cabaran dan dugaan yang memisahkan kami. Namun walau apa jua, semangat untuk kembali bersatu masih ada. Dan harapan moga hasrat ini akan terlaksana. Sedikit masa lagi...

Sempena semangat baru ni, terfikir juga nak tukar nama. D' Rauna Gallery seakan tidak releven kerana tidak menonjolkan imej buku. Dulu letak nama tu sebab nak buat galeri untuk pelbagai koleksi. Galeri D' Rauna kekdahnya. Tapi kini nak fokus untuk library saja. So kita tukarlah erk.

Nama apa yang sesuai ya?

Kalau uolls ada cadangan, dialu-alukan :)

Okay, sampai sini dulu. Jumpa lagi next entri.

Much💗,