Wednesday, 11 July 2018

Syurga Buku Terpakai Bazar Chowrasta Penang.

Teks: As Samsudin
Foto : Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Syurga Buku Terpakai.

Siapa pernah berkunjung ke Kedai Buku Second Hand di Bazar Chowrasta Penang? Syurga buku terpakai kan? Kedai ini terletak di Tingkat 2 Bazar Chowrasta. Naik ja tangga ke tingkat atas, anda akan nampak beribu-ribu buah buku terpakai bersusun-susun bertingkat-tingkat sehingga memenuhi ruang laluan di depan kedai.

Punya la banyak sampai tak tahu nak pilih macamana!



Tapi kalau anda pencinta buku, setakat lepak dua tiga jam di sini untuk membelek buku-buku yang ada  bukan satu masalah kan. Walaupun panas sehingga memercik peluh namun terasa sejuk di dalam. Cewahhh.... nak habaq betapa ralitnya kalau dapat belek buku-buku kat sini.

Yelah, bukan sahaja novel dan buku-buku popular malah buku-buku yang jarang ditemui dan sudah tiada di pasaran pun kadang kala ada kat sini. Sebab tu memang kena ambil masa untuk belek satu-persatu.

So, kepada sesiapa yang nak cari buku-buku terpakai yang 'rare' bolehlah berkunjung ke sini. Bukan sahaja boleh dapatkan dengan harga yang murah malah kalau kena gaya dapat buku free lagi. Kena pandai bodek tuan punya kedai lah kan. Janji borong dulu, baru boleh minta buku free. Hokeeh ^_^

Selamat berkunjung ke sini ya.

Much💗,

Tuesday, 10 July 2018

Giveaway 'Nak Hadiah, Jawab Dulu' By OmbakBergigi

[Sumber: http://ombakbergigis.blogspot.com]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner untuk join :)

Apa yang perlu ada dalam sebuah perhubungan?

Kita selalu dihidangkan dengan istilah 3K dalam perhubungan. Apa itu 3K?

K epercayaan
K ejujuran
K esetiaan

Ya, 3K di atas memang penting dalam sesebuah perhubungan. Tanpa kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan, apalah ertinya sesebuah perhubungan. Ibarat membuang masa kerana bila sampai waktunya semuanya akan musnah juga.

Tapi macam klise pulak kan. So apa kata kita cuba tips di bawah ni pula. 

  1. Kasih Sayang - Sangat penting dalam sesebuah perhubungan. Kena baja selalu agar semakin hari semakin kuat. Macamana nak baja? Kena selalu ucap "I love you" ke? Eh, tu harus. Ucap kan kata sayang selalu, sambil tenung mata pasangan, tenung sedalam-dalamnya. Dari mata turun ke hati kan... so makin sayang la. 
  2. Pelukan dan Ciuman - peluklah dan ciumlah pasangan anda selalu... setiap hari. Bukan just peluk tapi peluk seerat-eratnya. Bangun tidur, nak pi kerja, balik kerja, sebelum tidur dan bila-bila saja rasa nak peluk dan cium. Baru aura tu sentiasa mewangi.
  3. Terima Seadanya - kena ikhlas terima segala kekurangan pasangan kita. Tak ada manusia yang sempurna namun dengan keikhlasan kita terima segala kekurangan, itulah yang menyempurnakan sesebuah perhubungan.
  4. Komunikasi - berbual setiap hari tentang apa saja. Selalu Call, Wassap, VC... ingat... setiap hari!
  5. Aktiviti Bersama - Nak buat apa? Tahu hobi masing-masing kan. So, buatlah bersama. Pi tengok wayang ke, joging, hiking, pi gym atau apa sajalah. Yang penting buat bersama.
  6. Last but not least, berdoalah. - Berdoa semoga Allah swt pelihara hubungan kita. Yang paling senang suruh ja pasangan kita baca surah Al Insyirah dan hembus kat ubun-ubun kita. Selalu2lah buat macam tu. Hokeeh! :D
P/S : Okay, tips ni utk hb and wifey ajer ya.  

Much💗,

Monday, 9 July 2018

[2018] #4 Junjong Waterfall Run

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[Junjong Waterfall Run]
[27 Jan 2018]
[SK Junjong Kulim Kedah]
[5KM - 2nd Place Fun Run]

Once in a blue moon... susah sebenarnya nak jumpa running event kat Kulim. So bila dah ada, kita cuba untuk support la. Yang specialnya, masa mula-mula tahu pasal event ni terus hati tu rasa berbunga-bunga ja nak join. Sebab apa??

M. E. D. A. L.

Ya, hanya kerana medal. Kalau nak tahu, medal untuk event ni created by Medal Depot. And, saya memang suka design by Medal Depot ni. Special dan unik. So, memang nak join lah kan. Siap ajak kawan-kawan Ha'pening Crewz join sekali bagi ramai.

Ada dua kategori iaitu 10km dan 5km. Mulanya plan nak join 10km sebab nak merasa trek Air Terjun Junjong tapi bila check route, tak ada trail. Hanya guna route Jalan Junjong terus ke Air Terjun Junjong dan patah balik ke SK Junjong. Makanya, saya join 5km dah la. Start dari sekolah dan Finishing line kat Air Terjun Junjong tu. Balik semula ke SK Junjong kita naik bas yang disediakan... lagi best kan! First time naik bas sambil melambai2 kat kawan-kawan 10km yang berlari ke Finishing Line. :D

Kat tempat event juga ada pelbagai pameran dari Agensi Kerajaan. Sempat jugalah saya ronda kat booth-booth yang disediakan. Collect macam-macam souvenir yang ada sebagai kenangan. Apa pun, event yang simple tapi we all semua happy sebab dapat medal cantik.



Jom kita berlari lagi.

Selajus Runner.
Turtle Runner vs Pelari Misteri.

Much💗,

Friday, 6 July 2018

[2018] #3 Bagan Dalam Power Run

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[Bagan Dalam Power Run]
[21 Jan 2018]
[Jalan Kampung Jawa Butterworth]
[10KM - Finisher]

Event pertama di tahun 2018 tanpa Pakku di sisi. Nak buat macamana kan, larian harus diteruskan. Eh, macamlah sebelum ni tak pergi sendiri kan. Haha... semenjak ada Pakku dia jadi manja sikit. Ni bila dia takde, macam2 serba tak kena.

Sampai kat tempat event lagi 20 minit nak start. Cari parking satu hal. Dah dapat parking, baru nak pakai kasut bagai. Alih-alih, tengok-tengok kasut yang di bawa sebelah lain sebelah lain. Mula dah nak stress. Cari lam bonet keta, nasib baik ada kasut lain. Nak jadi cerita lagi, cari stoking pula tak ada. Tadi memang rasa dah capai stoking masuk dalam beg tapi ni kenapa pula tak ada?

Arghh.... masa tu stress teramat. Warm up apa pon tak lagi ni. Cari punya cari memang confirm takde socks. So kita tenangkan hati, berlarilah ke starting line bersama Asics Gel Hyper Speed 7 tanpa stoking dan tanpa warm up.

Nasib baik ada kawan2 Selajus Runner yang bagi semangat. Thanks Ilah, Paknon and Yut. Berlarilah kita seadanya... nak laju tak berani, takut kaki melecet. Nanti tambah lagi satu masalah pula. Kan... so kita habiskan larian dengan senyuman tanpa suara.

Yang penting dapat sijil dan medal yang comel, dapat jumpa kawan2 runner dan dapat kenal runner2 baru especially Leftenan Muda Kamilah yang walaupun first time join run tapi dia punya padu dok follow kok belakang. Good Job Ms Pilot.





Okay, jumpa lagi next event.

Selajus Runner.
Turtle Runner vs Pelari Misteri.

Much💗,

[2018] #2 Gelugor Power Run 3

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[Gelugor Power Run 3]
[7 Jan 2018]
[Kompleks Belia Dan Sukan Pulau Pinang]
[10KM - DNS]

Event yang ditunggu-tunggu, sebab event ni mempunyai kenangan manisnya yang tersendiri buat saya dan Pakku. Tapi bila sampai waktunya, terpaksa DNS pula. Kita hanya merancang kan... dan setiap perancangan Allah swt adalah perancangan yang lebih baik daripada perancangan kita. No regret!

Anyhow, thanks for Brooks Athletic Club and Coach yang sponsor saya dan Pakku untuk event ni. Walaupun tak dapat join, tapi dorang still simpan satu medal untuk kami sebagai kenang-kenangan.

Thanks Coach!


Hope next year kami diberi kesempatan untuk join event ni.

Selajus Runner.
Turtle Runner vs Pelari Misteri.

Much💗,

[2018] #1 Langkawi Fun Nite Run 2017-2018

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

[Langkawi Fun Nite Run 2017-2018]
[31 Dec 2017/1 Jan 2018]
[Dataran Lang Langkawi]
[10KM 10th Placing]

Alhamdulillah, penutup yang manis untuk 2017 dan permulaan yang baik untuk 2018. Walaupun sebelum event dah banyak kicau burungnya... tapi tekadkan hati.. kita join juga. Dan seperti yang dijangka, tunggu nak Flag Off pun sampai boleh tido dulu. Haha...

Walau apa pun, ia suatu pengalaman yang menyeronokkan Berlari bersama pelari-pelari elit dan penyumbang pingat untuk Sukan Sea... tak kurang juga orang-orang Langkawi yang turut serta. Route tak yah cakap la, memang best turun naik bukit. Haha... best la sangat kan... orang naik bukit sambil berlari, kita lak jalan termengah-mengah. :D

Tapi apa pun, kalau dah rezeki tak ke mana. Dapat juga 10th placing... jadilah kan.. kenangan indah sebagai permulaan di tahun baru. Harap-harap semangat tu akan berterusan untuk event seterusnya.


Terima kasih buat semua especially Pakku & family dan kawan-kawan yang support. You are the best! Dan tahniah buat semua yang join event ni.

Selajus Runner.
Turtle Runner vs Pelari Misteri.


Much💗,

Wednesday, 20 June 2018

Nak buat Giveaway La..

Teks: As Samsudin
Foto: Carian Google



NAK BUAT GIVEAWAY LA...

ADA YANG NAK JOIN KE?

FIRST TIME NAK TRY BUAT NIH... Dah lama teringin sebenarnya tapi tak ada idea nak buat macamana...

UOLLS NAK HADIAH APA?

CER CITER...

Much💗,