Wednesday, 30 September 2020

K e c e w a

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


K e c e w a .

Mengapa harus ada rasa kecewa? 

Kerana kita adalah manusia biasa yang punya segala rasa dalam jiwa. Namun, jika kita percaya pada Qada' dan Qadar, kita akan faham bahawa kecewa itu cuma sebahagiaan daripada ujian dan dugaan dalam kehidupan. Jadi, hadapilah dengan penuh rasa kesabaran, ketabahan dan kekuatan.

Kecewa yang kita rasa sebenarnya adalah cara Allah mahu menguji kita. Dia mahu melihat sejauhmana kita bergantung pada-Nya. Sejauhmana kita bersabar dengan setiap ujian-Nya. Dan yang lebih penting lagi, adakah kita akan terus kekal dengan-Nya atau berpaling dari-Nya. 

Ingatlah, di setiap kesulitan pasti ada kemudahan. 

Surah Al Insyirah Ayat 6.
إِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا

Ertinya: Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.

InsyaAllah, bila sampai waktunya semuanya akan berlalu pergi. Bersangka baiklah dengan Allah dan yakin pada-Nya. Janji Allah swt itu pasti.

Jumpa lagi.


Monday, 28 September 2020

Isnin Bermulanya Hari

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Permulaan hari bagi setiap orang tidak sama. Ada yang hari Ahad, ada yang hari Isnin. Namun bagi kebanyakan orang adalah hari Isnin. Begitu juga saya. Selalu kita dimomokkan dengan isu Monday Blues yang membawa maksud emosi yang kurang baik di hari pertama. Rasanya, setiap orang ada Monday Blues nya yang tersendiri. Kadang-kadang tu bukan hari Isnin saja, ada juga terjadi mood yang tidak baik di hari Selasa. Tak kurang juga pada hari Rabu, Khamis, Jumaat atau hujung minggu. Tapi Monday juga yang kena.

Kesian Monday!

Walau apa pun, mulakan hari kita dengan kalimah Bismillah. Semoga hari pertama kita dan seterusnya sentiasa di dalam redha Allah swt dan dipermudahkan segala urusan kita.

Bismillahi tawakkaltu 'alallah. La haw la wa laa quwwata illa billah.
Ertinya: Aku bertawakal kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Nya.

Jumpa lagi.


Sunday, 27 September 2020

Aktiviti Hujung Minggu

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hello geng...

Hujung minggu ni korang buat apa ya? Hari ni saya macam biasa, kemas rumah dan mengadap laptop saja la. Semenjak PKP ni rutin hujung minggu pun dah berubah sepenuhnya. Mood berlari dah hilang. Hanya menghabiskan masa di rumah kecil saya saja.

Kemas rumah.

Yang paling saya suka sudah tentulah ubah susun atur barang. Sekejap di sana, sekejap di sini. Tapi tak banyak beza pun, ruang pun terhad kan. Jadi kita susun bagi nampak sedap mata kita memandang cukuplah kan. Walaupun ruang terhad tapi berjam-jam juga la habiskan masa di situ. Sambil kemas sambil belek barang-barang yang ada. Semua koleksi kesayangan memang banyak kenangannya. Jadi, banyaklah yang boleh dikenangkan. Kan....



Tapi ini hanya sementara sahaja. Insyaallah, ada rezeki nanti saya plan nak ubahsuai rumah. Jadi, susun atur barang akan berubah lagi nanti. Cuma yang pasti sudut membaca dan sudut larian wajib ada dalam rumah saya. 

Run And Read.

Ini impian saya. Nak sediakan satu ruangan khusus untuk mini library dan koleksi-koleksi larian saya. Memanglah selama ini saya ada mini library di rumah tapi kali ini saya plan nak buat satu ruang khusus yang tak berkongsi dengan ruang tamu saya. Jadi pengunjung mini library saya tu tak perlu masuk terus melalui ruang tamu, masuk bahagian luar saja. Senang dan selesa nanti.

Okeylah, berangan tu berangan juga. Tapi jangan angan-angan kosong ya.

Jumpa lagi.




Friday, 25 September 2020

Rindu Menyapa Lagi

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Rindu menyapa lagi.

Dunia blogger yang telah lama ditinggalkan. Sememangnya masa cukup mengekang namun idea juga kekeringan. Betullah kata orang, bukan mudah untuk mengurus masa, nak buat dua tiga kerja dalam satu masa. Bila fokus dengan benda ni, benda lain terabai. Bukan tak cuba untuk urus masa sebaiknya, buat semua benda sebaiknya, tetapi pada akhirnya diri sendiri yang letih.

Penat tak terkata.

Stress.

Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain. Kemampuan seseorang individu itu tidak sama. Ada benda yang perlu kita genggam erat dan perjuangkan, ada juga benda yang perlu kita lepaskan. Yang penting, kita tahu apa yang kita mahu dan terus perjuangkan segala impian agar kejayaan dapat dikecapi. Jangan biar terkubur begitu sahaja. 

Kuatkan hati, tekadkan azam.

Semoga kita semua terus cekal dan istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan.

Jumpa lagi.



Friday, 8 March 2019

Happy Women's Day 2019

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Happy Women's Day🌹

To a woman who is strong, clever, compassionate, beautiful and unique. May you continue to inspire those around you.

#BalanceforBetter #thanksintel




Jumpa lagi.


Thursday, 7 March 2019

Antologi Sejadah Dihamparkan Zikir Kita Lagukan

Teks: As Samsudin
Foto: #bkhkembar10

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Pre-Order buku Antologi Sejadah Dihamparkan Zikir Kita Lagukan masih dibuka. Buku ni limited edition ya. Cepat order kalau tak nak terlepas.
Tema: Peluang Kedua
Harga: RM30 (tidak termasuk postage)
Klik untuk order -- > wasap.my/60184044132/preordernovel
Buku akan dipos selepas Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019.
Jom As belanja sedikit sedutan salah satu kisah di dalam buku ni.
===============
“Tak baik kau cakap macam tu Saffiya. Kita tak tahu apa yang Allah SWT dah aturkan untuk kita. Kalau kau rasa Hakimie tu bersalah, kau maafkanlah dia. Mana tahu kau akan rasa lebih tenang lepas ni,” Lina cuba menasihatiku.
“Lelaki tak guna tu, kau ingat aku akan maafkan dia? Sampai mati pun aku tak akan halalkan semua yang dia dah ambil dari akulah! Sampai mati pun dia tetap berhutang dengan aku!”
“Kau tau tak Lina, mak aku selalu cakap, kalau kita tak bayar hutang orang… nanti di akhirat usung lah bara api pi cari orang tu. So what. Kau tunggulah… kalau di dunia dia tak bayar, kau ingat dia boleh lepas di akhirat?”
Jangan mimpilah Hakimie!
Lina hanya menggeleng memandangku.
“Sudahlah tu Saffiya. Daripada kau buang masa fikirkan Hakimie tu lebih baik kau ikut aku join run. Kau pun dah lama tak join kan. Mana tahu lepas ni kau dapat lelaki Kenya pula. Kau kan tak suka lelaki Melayu!”
================
Jeng jeng jeng....
Korang rasa Saffiya join run dapat lelaki Kenya tak? Hehehe... Cepat teka dan cepat order buku ni... baru tahu jawapan korang tu betul atau salah...
Jumpa lagi.


Pelancaran Projek Antologi #BKHKembar10

Teks: As Samsudin
Foto: #bkhkembar10

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah... 
Baru berkesempatan untuk berkongsi berita gembira di tahun 2019.

Berita gembira apa tu?
Ya, pelancaran buku Projek Antologi #BKHKembar10 Tulisan Pengkarya Bengkel Tulis Kisah Hidup akan diadakan pada 31 Mac ini di Pentas Utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PWTC. BKHKembar10 bermakna ada 10 buah buku yang akan dilancarkan serentak. Dan yang bestnya, satu karya kecil saya turut dimuatkan dalam buku Projek Antologi BKHJitra "Sejadah Dihamparkan Zikir Kita Lagukan". Buku Antologi BKHJitra ini melibatkan 15 orang penulis. Jadi, 15 penulis dengan 15 cerita. Wow, menarik kan!
Memang hebat sekali cetusan idea Puan Sri Diah Shaharuddin untuk projek ini. Tahniah Puan Sri dan semua penulis yang terlibat. Sesiapa yang berkesempatan ke PBAKL 31 Mac ini dijemput untuk sama-sama memeriahkan Majlis Pelancaran BKHKembar10 dan saksikan sendiri fenomena yang bakal tercipta. Jumpa di sana ya!

Nak jadi antara orang yang pertama memiliki buku ni? Pre-order kini dibuka.
Click -- > wasap.my/60184044132/preordernovel
Terima kasih atas sokongan semua. 😘😘

Much💗,