Monday, 3 October 2022

Kejutan Mak Sri Diah

Teks: As Samsudin
Foto: UnIKH dan koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Mak dan kejutan berpisah tiada. Aduh, kejutan mak kali ini buat jantung pun terkejut!


10.10.2022
Tarikh akhir penghantaran manuskrip BKH Kerjaya. 

Sempat ke nak siap?

Tepuk dada tanyalah selera.

Jumpa lagi.

Sunday, 2 October 2022

Jom Beli Buku AntologiJodoh Cinta

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kisah cinta #akudankamu turut termuat dalam Antologi Jodoh Cinta terbitan Writers Write.

Dapatkannya sekarang.

Ketip pautan di bawah.


Jumpa lagi.

#kisahasaliff

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


#akudankamu

"Pasanganmu adalah rezekimu, pilihanmu dan takdirmu. Maka, jangan memandang mereka yang bukan milikmu dan jangan bandingkannya dengan yang bukan milikmu."
~ Ustadz Dr Syafiq Reza Basalamah

Jumpa lagi.

Saturday, 1 October 2022

Pemilihan Tema Sem003 UnIKH

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pemilihan tema Semester 003 Uniknya Inspirasi Kisah Hidup (UnIKH).

Sayang nak apam balik? Abang nak pi ambil ayam crispy.

Berselera benar saya dan suami menikmati juadah meraikan pengantin baru, Akmal dan Atikah.


Kita kena cepat ni, bang. Sayang tak nak terlepas pilih tema sem003.

Kenapa kena pilih tema?

Sasaran UnIKH untuk lancarkan buku baru sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023. 

Wah, untung la sayang. Nak keluar buku baru lagi!

Sayang dah tentu untung. Mereka yang tak masuk UnIKH tu yang rugi!

Riuh-rendah grup telegram sem003. Kalau nak tema hot, kena rebut la. Jangan meroyan kalau tak dapat. Jangan pula nak minta talian hayat. 

Hai #hakakintel. Cuba teka dalam gambar ni saya kerja apa? Nampak mudah tapi bukan mudah tau. 


#sem003assamsudin
#bkhkerjaya1

Jumpa lagi.

Friday, 30 September 2022

Kuliah 1 - Konsep Penulisan

Teks: As Samsudin
Foto: UnIKH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Kuliah 1 Sem003
Konsep Penulisan

Kata mak, kena guna konsep Show Don't Tell dalam penulisan. Barulah  karya kita tu cantik dan menarik.

Jangan guna naratif yang meleret-leret, pembaca malas nak baca.

Dialog pun kena melawan. Tapi jangan melawan cakap mak sudahlah. Mak babab nanti!

Jumpa lagi.

Wednesday, 28 September 2022

Giveaway Suka-Suki Mamapipie

Sumber: mamapipie.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Klik banner kalau nak join ya :)

Hampir setahun tak join giveaway, tiba-tiba terbaca tentang Giveaway Suka-Suki Mamapipie. Terus hati tertarik nak join. Tengok tarikh akhir tu, sempat lagi ni.

Tarikh akhir - 1 Oktober 2022.

Nyatakan 1 blog post mama yang menjadi kesukaan korang beserta link post tu.

Sebelum ni memang suka belek-belek blog Mamapipie dan suka baca posting mama. Mama ni banyak kaver macam-macam cerita. Dan kebanyakannya post mama semuanya berinformasi. Lebih-lebih lagi posting tentang travel. Kalau tak percaya cuba baca ni.


Bukan itu saja, setiap kali mama buat giveaway memang teruja nak join. Harap-harap ada rezeki saya. Korang jomlah join sekali. 

Jumpa lagi.

Pembukaan dan Ucaptama Semester 003 UnIKH

Teks: As Samsudin
Foto: UnIKH dan koleksi peribadi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pembukaan dan Ucaptama Semester 003 UnIKH
9 September 2022

Alhamdulillah, kuliah pembukaan dan ucaptama Semester 003 Uniknya Inspirasi Kisah Hidup (UnIKH) telah pun diadakan pada 9 September yang lepas.

Manis berseri wajah Puan Sri Diah mengalu-alukan pelajar baru dan alumni yang mengambil langkah bijak dalam mencapai impian untuk menulis buku sendiri. Dapat juga lepas rindu mendengar suara mak yang serak-serak basah tu.

Barisan admin semester 003 bukan calang-calang orangnya. Semuanya begitu ceria dan bersemangat untuk membimbing pengkarya-pengkarya ohsem. Saya pun begitu teruja.




Tema Semester 003.
  1. Legasi Nenda
  2. Kerjaya
  3. Anak Syurga
  4. Syurga Untuk Dia 
  5. Idola
Saya sudah ada tema yang bermain di  kepala. Jadi memang fokus dengan pencerahan yang mak beri tentang tema tersebut. Nak tahu tema apa? Tunggu...!

Masih menulis buku antologi?

Kata mak, antologi membina kekuatan untuk menulis buku solo. Perlahan-lahan tanam semangat, kutip segala ilmu yang ada, bina sokongan dan tentukan matlamat yang hendak dicapai.

Bermula dengan antologi, berakhir dengan buku solo. Jangan pandai cakap saja tau!

Jumpa lagi.