Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
I Love Georgetown Run
07 Ogos 2016
1st Avenue Mall, Penang
7KM Fun Run
Event ni best sangat. First time berlari bersama Nana yang datang dari Jauh. Nana ni kawan travel As, dia tinggal di Nilai. Time ni dia turun Penang untuk join event ni di samping jalan-jalan makan angin kat Penang.

I Love Georgetown Run ni memang annual event. As suka event ni sebab route dia memang best. Kita akan berlari melalui jalan-jalan bandar Georgetown yang dipenuhi dengan Street Art dan bangunan-bangunan yang menarik.
Nama pun larian fun run kan, jadi banyak kalilah As stop berlari singgah ambil gambar sana sini. Sepanjang jalan memang menikmati sangat environmentnya. Medal pun cantik sangat.
Rindu nak repeat route ni lagi. InsyaAllah, ada rezeki mesti berpeluang lagi untuk join balik larian ni kan. Sabar menanti...
Nak baca lagi kisah larian saya? Boleh klik pautan di bawah.
Jumpa lagi.