Thursday 8 April 2021

Jalan-jalan Ke Kellie's Castle

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Semenjak pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia, sudah lama saya tak pergi melancong. Kadang-kadang terasa rindu juga. Yelah, melancong ni kan salah-satu daripada hobi saya. Saya memang suka jalan-jalan makan angin.

Tapi alhamdulillah, walaupun kita berPKP tapi ada juga masanya kita berPKPB dan berPKPP. Jadi masa boleh rentas negeri dan daerah tu, ambil peluang untuk berjalan-jalan. Bukan melancong sangat pun cuma ambil kesempatan berjalan-jalan dekat-dekat sahaja. Yang penting tetap patuh SOP.

Jalan-jalan ke Kellie's Castle.

Istana Kellie Castle yang terletak di Batu Gajah Perak merupakan sebuah tempat yang wajib anda kunjungi jika bercuti ke Ipoh. Ianya merupakan sebuah istana lama yang dibina oleh William Kellie Smith.

Bagi penggemar-penggemar OOTD, Kellie Castle merupakan pilihan yang tepat. Banyak angle-angle yang amat menarik dan mampu membuatkan gambar-gambar kita cantik dan memikat hati seolah-olah bercuti di luar negara.

Ye ke..?

Semestinya la... sebab saya peminat bangunan-bangunan senibina seperti di Eropah. Hahaha.... Siap berangan lagi nanti kalau ada rezeki nak renovate rumah kat bahagian depan nak buat batu-bata merah macam ni. Boleh jadi tempat ootd gitu. Hahaha...

Berangan tu berangan juga. Jom la kita layan gambar dulu.




Jumpa lagi.

12 comments:

  1. Replies
    1. Ya, nanti ada peluang pergi la. As dah dua kali pergi sini. Tapi masih ada rasa nak pergi lagi.. Hehe...

      Delete
  2. Cantikkkkk pemandangannya. Saya 5 tahun belajar di seri iskandar tapi sekali pun tak pernah singgah hahaha. In shaa Allah nanti nak pergi kellie castle ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Ala dekat dah tu, rugi tak pergi. Tapi tak pe la, nanti ada masa boleh jer pergi. As pun macam nak pi lagi... hehe...

      Delete
  3. Tidak pernah lagi pergi sini.
    Nampak terpelihara istana ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mesti kerajaan negeri Perak jaga kan... Nanti ada masa pergilah... best walaupun jenuh tahan panas... hehe..

      Delete
  4. Tak pernah smp situ..
    Teringin gak nak smp..
    Harap abs pkp bole jenjalan blk kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, nanti boleh la pergi jalan-jalan sana. Banyak lagi tempat menarik yang lain kat situ... Gunung Lang pun best. Anak-anak mesti suka...

      Delete
  5. love it here too sbb photoshoot cantik

    ReplyDelete
  6. Saya teringin ke sana, sehingga kini masih belum berkesempatan.

    ReplyDelete