Tuesday 14 February 2023

#BKHSoloPP: Hati Masih Teringat

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bengkel Buku Solo #BKHSoloPP

Masih terkenang-kenang Bengkel Tulis Buku Solo Kisah Hidup yang telah diadakan pada 28 Januari 2023 yang lalu.

Setiap ilmu yang dikaut, segala kenangan yang tercipta terpahat kemas dalam ingatan. Mana mungkin dapat melupakan kenangan manis bersama Mak Sri Diah, barisan AJK yang ohsem dan para peserta yang sporting dan luar biasa hebatnya.



Kompleks Eureka USM Pulau Pinang menjadi saksi kepada lafaz janji 42 orang penulis untuk menghasilkan buku solo.

Sticky pad berwarna-warni menjadi bukti bahawa kita pernah berjanji dengan mak tau!




"Jangan mengaku diri kita hebat, terpelajar dan terkenal melainkan kita sudah berjaya memiliki buku hasil tulisan sendiri."

Masih nak tunggu lagi?


Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment