Saturday 22 July 2023

#CULTRA Cameron Ultra 2023

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


DONE & DUSTED
CAMERON ULTRA 2023

Date: 15 July 2023
Distance: 14km
Elevation Gain: 720m
Venue: Tanah Rata > Gunung Jasar > CP3 Kem Sungai Pauh > Gunung Berembun > MARDI > Finish Line Padang Awam Tanah Rata
Official Results: Category Rank 40 l Timing 04:37:08
Detect by Garmin: 15.53km EG: 782m


My first ever Cameron Ultra.

Alhamdulillah, berjaya juga sampai ke finishing line tanpa sebarang kecederaan serius. Hanya lebam-lebam manja yang muncul setelah beberapa kali tergelincir dan jatuh terduduk.

Barai is REAL.

Pengalaman kali pertama naik dua gunung dalam satu hari! 
Gunung Jasar 1696M
Gunung Berembun 1840M

Memang mental gila. Suka trail tapi tak training EG. Main belasah saja masuk CULTRA. Macam tak percaya pula sanggup mendaki dua gunung demi seketul medal.




Jarak detect by Garmin Venu, 15.5km!


Sesat? Oh, tidak!

Setelah membuat perbandingan dengan jarak larian kawan-kawan yang podium, yang rata-ratanya 14km ++ , saya percaya saya salah jalan. Kemungkinan besar silap trek semasa di Gunung Jasar.

Apapun, overall trek sangat padu dan kejam namun memberikan pengalaman yang sangat menarik dan berharga.

No Pain, No Gain.






Tahniah kepada semua pemenang dan peserta Toyota 100km, Salomon 60km, BOH & Camelbak 30km, 14km, dan 4km. Tahniah juga kepada penganjur, krew dan semua yang terlibat. Respect!

Because there is no gravity in the CULTRA galaxy!

Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment