Monday 14 August 2023

Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


"Kezaliman akan terus ada, bukan kerana banyaknya orang-orang jahat, tapi karena diamnya orang-orang baik." ~ Ali bin Abi Talib.

Tahniah buat semua yang mengundi. Anda memang baik!

12 Ogos 2023.
Berada di Taman Buah-buahan Eksotik Perlis menyertai acara Wang Gunung Trail Run. Selesai sahaja event, terus `check out' dan gerak balik ke Kulim.

Memang sangat rushing, takut tak sempat sampai ke tempat mengundi di SK Dato' Haji Zainuddin Serdang Kedah.

Keadaan badan masa tu memang kurang stabil. Habis berlari, terus bersihkan diri dan siap ke acara penutup. Selesai semua terus gerak balik. Tak sempat rehat, tak sempat makan. Kepala sudah mula terasa pening, cuaca pula panas terik.

"Abang drive dulu. Sayang rehat." Nasib baik Pakku dapat menghabiskan larian lebih awal daripada saya. Jadi, dia sempat makan dan berehat di tapak event.

"Nasib baik tak jem. Cuba tengok belah sana, kereta tak bergerak langsung!" Rezeki kami trafik di atas Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Kulim sangat lancar. Tapi trafik ke Alor Setar sesak teruk dari Seberang Jaya. Kereta langsung tak bergerak.

Okey, nampaknya ramai anak muda Alor Setar keluar mencari rezeki di tempat lain. Namun tetap menunaikan tanggungjawab balik mengundi. Syabas!

Tiba di Seberang Jaya, hantar Pakku ke pejabatnya. Pakku balik naik motor, saya pula memandu pulang ke Kulim. 

"Abang cepat tau. Jangan singgah lama-lama. Takut jem jalan nak ke Serdang." Trafik masih lancar. Tapi keluar saja dari Tol Lunas, kereta semakin bergerak perlahan. Saya akan melalui beberapa buah sekolah yang terlibat dalam PRN kali ini.

Memang sesak la. Kepala pun semakin berpusing-pusing.

Sebaik sahaja sampai di rumah, Pakku sudah siap menunggu. "Bila masa pulak dia potong aku ni?" 

"Abang tolong drive, boleh? Sayang rasa nak muntah la." Sepanjang perjalanan dari rumah kami di Kulim ke Serdang, hampir sepuluh kali saya muntah.

"Tak payah pi mengundi la. Dah teruk sangat abang tengok. Sayang kena makan nasi ni. Tadi makan buah dan apam lenggang saja." Pakku sudah membebel di sebelah.

Semangat nak mengundi tetap kuat. Selama ini saya belum pernah 'miss' mengundi, dan tidak pernah terfikir untuk tuang mengundi. Oh no!

Akhirnya, tepat jam 3.30 petang saya selesai mengundi. Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan balik, saya dan muntah tidak dapat dipisahkan.

Terasa macam nak serah diri ke hospital.

Pening yang teruk berlanjutan sehingga keesokan harinya. Semalam makan ubat lagi dan pagi ni terasa sedikit berkurangan. Baru ada kekuatan untuk berkepit dengan telefon.

Alhamdulillah. Baru terasa nak bergambar dengan inai satu jari. Tanda selesai menunaikan tanggungjawab kepada negeri Kedah Darul Aman.

Gambar diambil pagi ini di pejabat. Kita kerja la, awak. Walaupun perut masih bergelodak.

Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment