Thursday, 15 October 2015

Zurinah Hassan Dipilih Sasterawan Negara Ke-13

Teks: Masitah Samsudin
Sumber: www.bharian.com.my


Zurinah Hassan dipilih Sasterawan Negara ke-13


Sekalung Tahniah diucapkan kepada Datuk Dr Zurinah Hassan diatas penerimaan Anugerah Sasterawan Negara Ke-13. Beliau merupakan Sasterawan Negara Wanita yang pertama.

TAHNIAH.

Segmen: Jom Tambah Follower

Teks: Masitah Samsudin
Foto: jmbelog.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni saya nak join segmen Jom Tambah Follower. Hope lepas ni dapat kenal ramai kawan baru :)


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Adios!

Tuesday, 13 October 2015

"Giveaway: Novel Kesayangans"

Teks: Masitah Samsudin
Foto: http://cikhanicruzier.blogspot.my/

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya pun nak join juga. Masih sempat lagi kan.... :)

"Giveaway: Novel Kesayangans"


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Saya inginkan novel kesayangans kerana....

"Saya memang seorang kaki buku, kaki novel, kaki baca dan yang sewaktu dengannya. Bestnya kalau Cik Hani bagi novel kesayangans kat saya kerana saya yakin novel kesayangans Cik Hani mesti sebuah naskhah yang terbaik yang boleh membawa saya ke sisi yang lain dalam dunia novel. Tak sabarnya..... :)"

Adios!

Friday, 9 October 2015

09.10.15 Pua Kumbu MMBasic & Shawl Wilma Radiusite

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini saya nak bercerita tentang dunia fesyen. Hehe... sebenarnya saya ni boleh dikira penggemar fesyen-fesyen daripada butik-butik yang saya rasa kalau saya sebut nama semua orang kenal. Tapi tak adalah beli setiap kali keluar design baru. Mahal weyy... tak cukup duit den...

Lagipun susah nak cari saiz yang sesuai dengan saya yang bertubuh kecil ni. Ndak tak ndak cuci mata jer lah... Walaupun begitu ada juga yang saya rembat pastu bodek sis Tailor minta tolong alterkan... hehe...

Bukan itu jer, saya ni sebenarnya suka design baju saya sendiri. Pastu cari kain dan apa lagi...sis Tailor la yang jadi mangsa saya realisasikan baju daripada design saya tu. So far boleh dikatakan 80% baju-baju saya adalah design saya sendiri. Terror dak...? Hehe...

Okey, intro panjang sangat padahal saya sebenarnya nak bercerita tentang baju yang saya pakai pergi kerja hari ni. Oleh sebab saya suka sangat baju ni... itu yang post kat sini ;)

Tara... inilah dia dress kesayangan saya iaitu Pua Kumbu dari MMBasic. Dress ni LimitedEdition tau... bukan semua orang boleh dapat.... Saya pun jenuh belek IG 44 hari 44 malam baru dapat beli... Amboi... Saya beli dua sebab nak sedondon dengan Dynaa. Material dia selesa sangat dan yang penting saya tak perlu alter apa-apa. Dah cukup selesa buat saya.

Shawl pula sudah tentu Wilma Shawl dari Butik Radiusite. Ini long shawl dengan curve dihujungnya. Ia juga diperincikan dengan bunga yang menambahkan seri. Maaf foto ni tak nampak bunga. Tak ada gambar penuh sebab selfie sendiri jer...



Apa-apapun, TQ MMBasic dan Radiusite... lepas ni keluarkan lagi design yang lebih cantik daripada biasa.

Adios.

Wednesday, 7 October 2015

Cabaran Instablog EFGKBBA Day 7 - Gadget Tercinta

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah,... saya suka sangat ni...
Finally, saya dah sampai ke cabaran terakhir untuk kali ini...

"Gadget Tercinta"


Semua orang mesti ada gadget tercinta kan. Gadget tercinta saya sudah semestinya telefon bimbit kesayangan saya yang sentiasa mengekori ke mana sahaja saya pergi, yang setia menemani ketika saya suka mahupun duka, pendek kata memang gadget yang sangat-sangat memahami sayalah!


Selain telefon bimbit, laptop juga menjadi gadget tercinta. Laptop ni banyak berjasa, memudahkan kerja saya. Kalau nak berkarya... menulis... buat assignment... saya kena guna laptop sebab senang nak menaip. Screen besar kan, memang ceq suka! Hahah~


Okey, itu jer gadget tercinta saya. Sebenarnya ada satu lagi iaitu camera saya tapi semenjak guna smartphone yang canggih ni... camera dah simpan dalam laci. Alamak... tak kenang budi betul la.. hehe... sorry my camera... tak apa, nanti bila saya dah buka Oldskool Museum baru saya cari awak balik yer... XD

Bye. Jumpa di lain waktu.

Cabaran Instablog EFGKBBA Day 6 - Breakfast Wajib Anda

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Okey, cabaran diteruskan untuk hari ke-6. Marathon tak ingat dah ni.... kali ini tajuk memang best sebab saya memang tak pernah miss buat benda ni. Wah... suspen gitu. Tajuknya...

"Breakfast Wajib Anda"


Saya kalau bab makan ni memang suka. Setiap pagi mesti kena ambil breakfast. Bak leteran saya pagi-pagi... "kalau nak jadi budak pandai kena ambil breakfast". Hehehe... mesti dah boleh agak kan saya selalu cakap macam tu kat sape..

Anyway, ini menu breakfast wajib saya.

Roti Bakar Telur Leleh & Teh Tarik Kaw Punya Air Merah Kulim
Roti Bakar Telur Gedik Astaka Market Kulim
Char Koay Teow & Teh Tarik Astaka Market Kulim
Sandwich Tuna & Kacang Merah 
Nasi Lemak & Susu HL
Okey, memang melampau kan. Breakfast jer pun tapi makan tak hingat. Hehe... Sebenarnya macam ni... saya memang kena ambil makanan berat time breakfast. Kalau tak makan banyak-banyak nanti perut saya asyik bunyi jer. Hahah~ Betul... tak tipu... :D

Daa...
Jumpa lagi nanti ;)

Cabaran Instablog EFGKBBA Day 5 - Drama Tv/Movie Feveret

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi & Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Okey, cabaran diteruskan untuk hari ke-5. Walaupun tarikh tu dah lari jauh... jenuh pulak nak ligan tapi ceq dah biasa join marathon... so alah biasa tegal biasa. Cewahh...

Tajuk kali ini nampak macam senang tapi jenuh gak nak memikir. Apa tajuk yang senang tapi jenuh nak memikir tu..? Inilah dia, jom kita tengok...

"Drama Tv/Movie Feveret"


Sebab apa saya kata jenuh nak memikir? Sebab saya jarang tengok tv.... kecuali program feveret saya. Itupun lepas habis jer program yang saya suka tu, terus tutup tv. Selalunya saya akan tengok game bola sebab saya ni kaki bola. Tapi bola kira dah lari dari tajuk kan.

So, okeylah jom kita tengok Drama Tv/Movie apa yang menjadi feveret saya.

1. Hindi Movie - ini memang menjadi kegilaan saya. Oleh sebab rumah saya tak ada astro jadi hari Sabtu pukul 2pm TV3 dan hari Rabu 10pm TV2 memang kira tv tu saya punya. Saya paling suka tengok action movie yang lawan-lawan, tembak-tembak. Love story pun suka juga la. Antara movie yang saya suka:





2. Empress Ki - Drama dari Korea Selatan yang disiarkan di Channel 8 hari Sabtu pukul 10:30am. Saya suka gila kat drama ni. Ia merupakan Drama Korea Terbaik dan Popular 2014. Drama ini berkisah tentang Ki Seung-Nyang, seorang wanita kelahiran Goryeo yang diangkat untuk berkuasa dan lari dari sistem kelompok zaman, Dia kemudiannya berkahwin dengan Kaisar Huizong untuk menjadi permaisuri dari Dinasti Yuan, bukannya cinta pertamanya Yoo Wang yang masih ia cintai. Seri ini menggambarkan kisah cintanya dan ambisi politiknya yang terbelah antara kedua negara.



3. Drama dan Filem Melayu - Drama melayu biasanya dari slot Akasia TV3. Ada banyak gak yang best-best. Kalau filem pula saya suka filem Balistik lakonan Datuk Rosyam Nor dan Rita Rudaini.



Cukup dah tu... jarang tengok tv tapi banyak pulak feveret drama dan movie. Hahah~

Jumpa lagi nanti :)