Saturday, 13 February 2021

Segmen Blogwalking By Si Hati Berbolak-Balik

Teks: As Samsudin
Sumber: loveneddy.blogspot.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner untuk join :)


Selamat berhujung minggu ya geng. Jom kita join segmen by Si Hati Berbolak-balik ni. Support kawan-kawan yang nak kembali aktif sebagai blogger.

As pun kadang-kadang ada masa menyepi juga. Jadi support kawan-kawan semua memang penting untuk seorang blogger kan.

Ayuh.

Jumpa lagi.


Wednesday, 10 February 2021

Koleksi Buku Januari 2021

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Ini adalah buku koleksi untuk Januari 2021. Buku-buku ini dah lama saya beli sebenarnya. Sengaja saya kongsikan di sini sebagai suatu semangat untuk saya melestarikan misi membaca saya.

Misi membaca saya untuk tahun ini adalah sebanyak 21 buah buku. Jadi saya memilih dua buah buku ini dahulu sebagai langkah pertama untuk saya kembali menjadi seorang 'ulat buku'.

I'm Not A Monster - Sara Aisha

Terbang Tinggi : Inilah Kisahku
Dari Airasia ke QPR - Tony Fernandes

Semoga misi saya ini berjaya.

Jumpa lagi.



Idea Untuk Hadiah Hari Jadi

Teks: As Samsudin
Foto: Tim Eszz Ibrahim

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tak tahu nak bagi hadiah apa untuk hari jadi?

Perfume Eszz Ibrahim kan ada. Perfume Eszz Ibrahim ni memang best tau! Wangi dah murah!
  • Eau De Parfum (EDP)
  • Tahan sehingga 8 jam
  • Mesra solat
  • Bau yang sangat lembut dan wangi 
  • 2pcs/box
  • 10ml + 10ml
  • Harga SM RM39.90 & SS RM45.90 (tak termasuk postage)


Jadi, mai la order dengan saya. Mesti orang tersayang tu happy dapat hadiah perfume. Semakin harum mewangi perhubungan tu nanti tak kira lah hubungan suami isteri, keluarga ataupun hubungan persahabatan.

Boleh contact saya tau DI SINI.

Jumpa lagi.

Tuesday, 9 February 2021

thes's Love Giveaway'

Teks: As Samsudin
Sumber: itsthesuraya.blogsport.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner kalau nak join ya :)

Sweet kan banner ni?

Jom la kita join ramai-ramai.

Jumpa lagi.



Segmen Pencarian Bloglist 2021 By NanieyBarnieyLurviey

Teks: As Samsudin
Sumber: naniey.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner ni kalau nak join ya :)

Segmen ini akan berakhir pada 5 Mac 2021. Jadi jom ramai-ramai kita support ya.

Jumpa lagi.



Monday, 8 February 2021

BKH Legasi Abah - Tugasan 6

Teks: As Samsudin
Foto: UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tugasan 6

Penjenamaan Diri Sebagai Saudagar Perkataan.

Apabila Mak Sri Diah Shaharuddin mengemaskini posting untuk tugasan 6 dan mengumumkan bahawa malam ini (7 Februari 2021) ada kuliah bersama Dato' Roslan Ab Hamid, hati terus rasa berdebar-debar. 

Siapa tak kenal Dato' Roslan kan?! 

Beliau merupakan seorang Public Speaking Guru Nusantara yang memang terkenal di seluruh Malaysia juga di Indonesia. Bukan mudah dan murah kalau nak ikuti satu-satu kelas beliau. Namun alangkah bertuahnya saya dan semua rakan siswa siswi Universiti Inspirasi Kisah Hidup (UniKH) yang berpeluang menimba ilmu dengan beliau secara percuma. Ya, percuma tau.

Memang terbaiklah usaha Mak Sri dan Tim UniKH. Terima kasih banyak-banyak.

Segar sungguh rasanya bila dapat menghadiri kuliah Dato'. Kuliah selama 45 minit ini amat padat dan sendat. Terlalu banyak perkara-perkara baru dan ilmu yang amat berguna untuk saya sebagai penulis pemula. Setiap butir kata yang dilontarkan memang tepat dan melekat.  Semuanya amat bermakna. Sampaikan tak sempat nak kelip mata.

Tak sempat nak berfun time juga.

Sendat dengan ilmu.

Alhamdulillah, rasa bersemangat lagi nak menggali ilmu bersama Dato'. Banyak lagi yang harus dipelajari terutamanya tentang aspek penjenamaan diri melalui media sosial. 

InsyaAllah, ada rezeki Dato' akan kembali memberikan kuliahnya di UniKH.

Jumpa lagi.

Sunday, 7 February 2021

Ayah Oh Ayah!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Kisah di suatu petang selepas pulang dari kerja....

Deringan telefon mengejutkan aku yang sedang leka bermalas-malasan di sofa recliner Cavenzi kegemaranku. Siapa pula yang telefon ni? Aku bangun menuju telefon yang kuletakkan di atas meja makan.

Tertera nama 'Dad' di skrin. Ayah rupanya. Jarang benar ayah telefon petang-petang macam ni. 

"Assalamualaikum ayah." Aku memulakan bicara.

"Waalaikumsalam. Itah ada mana tu?"

"Baru balik kerja ni ayah."

"Esok Itah tolong beli susu kat ayah. Kat sini tak ada jual. Kat supermarket ada la. E n s u r e nama susu tu." Aku tergelak kecil. Rasa kelakar pula bila ayah tolong ejakan padaku. Macam budak kecil pulak.

Begitulah ayah. Seorang anak biar dewasa mana pun tetap dianggap anak perempuannya. Tetap kecil di matanya.

"Okey ayah. Nanti Itah belikan untuk ayah. Tunggu hari cuti ni Itah balik."
 
"E n s u r e." Ayah mengulang lagi.

"Ya ayah, ya... Nanti Itah beli."

Telefon dimatikan selepas kami bertukar-tukar cerita makan malam. Aku meletakkan kembali telefon di atas meja. Aku menyambung malasku di sofa recliner hitamku.

Nota:
Cuti hujung minggu dah hampir sampai ke penghujungnya. Itah masih belum keluar ke supermarket beli susu untuk ayah. Nak kena rotan gamaknya Itah ni!

"Mak, rotan mana rotan?"

Jumpa lagi.