Sunday, 7 February 2021

Ayah Oh Ayah!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Kisah di suatu petang selepas pulang dari kerja....

Deringan telefon mengejutkan aku yang sedang leka bermalas-malasan di sofa recliner Cavenzi kegemaranku. Siapa pula yang telefon ni? Aku bangun menuju telefon yang kuletakkan di atas meja makan.

Tertera nama 'Dad' di skrin. Ayah rupanya. Jarang benar ayah telefon petang-petang macam ni. 

"Assalamualaikum ayah." Aku memulakan bicara.

"Waalaikumsalam. Itah ada mana tu?"

"Baru balik kerja ni ayah."

"Esok Itah tolong beli susu kat ayah. Kat sini tak ada jual. Kat supermarket ada la. E n s u r e nama susu tu." Aku tergelak kecil. Rasa kelakar pula bila ayah tolong ejakan padaku. Macam budak kecil pulak.

Begitulah ayah. Seorang anak biar dewasa mana pun tetap dianggap anak perempuannya. Tetap kecil di matanya.

"Okey ayah. Nanti Itah belikan untuk ayah. Tunggu hari cuti ni Itah balik."
 
"E n s u r e." Ayah mengulang lagi.

"Ya ayah, ya... Nanti Itah beli."

Telefon dimatikan selepas kami bertukar-tukar cerita makan malam. Aku meletakkan kembali telefon di atas meja. Aku menyambung malasku di sofa recliner hitamku.

Nota:
Cuti hujung minggu dah hampir sampai ke penghujungnya. Itah masih belum keluar ke supermarket beli susu untuk ayah. Nak kena rotan gamaknya Itah ni!

"Mak, rotan mana rotan?"

Jumpa lagi.

4 comments:

  1. Tak perlu rotan. Hanger pun dah cukup menggerunkan. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe.... tak pernah lagi kena hanger, selalu masa kecil kena tali pinggang saja... Sakit ooo...

      Delete
  2. Hehe.. sila lah beli susunya. E n s u r e. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... sudah beli susunya E n s u r e....

      Delete