Tuesday, 2 February 2021

Pencen Berlari?

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Okay, hari ini saya nak bercerita sedikit tentang dunia larian saya. Oleh sebab pandemik Covid 19 yang melanda seluruh dunia, event-event larian memang tidak dapat diadakan. Ramai di antara kita yang kecewa kan. Tapi tak apa, anggap sahaja ada hikmah di sebalik semua ini.

Bukan sahaja tak ada event baru malah event yang telah dirancang sebelum pandemik ini pun ada yang telah dibatalkan. Tak kurang juga yang telah ditukar ke tarikh yang baru. Saya pun sebenarnya ada beberapa event yang telah didaftar awal, masalahnya saya sendiri pun dah tak ingat event apa dan apa status event-event tersebut.

Nanti lah bila ada masa, baru check balik email-email lama. Hehe...

Jadi, sepanjang tempoh kita bercuti dari sebarang event sebenar, ramai juga rakan-rakan pelari yang join Virtual Run. Saya pun ada juga join VR ni tapi bukan semua la. Pilih-piih juga. Itu pun masa tahun lepas. Tahun ni belum mengorak langkah lagi. Tunggu...! Tahun ni sibuk sikit dengan aktiviti-aktiviti lain. Nantilah bila dah free sikit baru nak fikir semula pasal  larian. 

Training?

Saya training manja-manja kat rumah saja. Buat work out serba sedikit saja. Sit up, star jump, squat, plank, lunges. Cukup dah tu! Haha... Itu pun time rajin, kalau time malas saya makan tidur saja. Hahaha..

Terdetik juga hajat di hati nak beli treadmill tapi itu la, kena fikir betul-betul. Takut nanti bila beli, sama juga tak ada masa nak berlari juga. Buat hiasan saja pula kan...

Apa pun, minat berlari tetap di hati. 

Selamanya Turtle Runner.

Jumpa lagi.

8 comments:

  1. Janganlah pencen lari. Rehat takpe. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, hehe... insyaAllah sampai masa boleh la berlari balik. Nak ambil peluang ni rehat puas-puas...

      Delete
  2. Betul sangat pasal treadmill tu. Eza dah beli tauu. Tapi ye la tetap ikut mood jugak nak exercise. Hampeh betul. Haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, treadmill dah ada depan mata. Jangan tengok saja... hehehehe... best2... :))

      Delete
  3. rindu pula nk join event2 lari..moga pandemik cepat berakhir..skrg ni sy byk main tali skipping je jaga fitness levl :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh cikguzim pun runner juga..? Ye la kan, entah bila la pandemik ni nak berakhir kan. Main tali skipping pun best juga kan, kalau ada skill lagi syok tengok... pecah peluh...

      Delete
  4. Wah saya joging bolehlah kalau lari hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula-mula joging, lama-lama berlari la... hehehehe

      Delete