Monday, 1 March 2021

BKH Legasi Abah - Tugasan 7

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tugasan 7

Lantikan segera koordinator Promosi dan Pemasaran serta Komunikasi.

Tugasan kali ini memerlukan setiap Tim BKH Legasi Abah untuk berbincang di bilik tutorial bagi melantik enam orang koordinator mewakili setiap tim. 

Tiga orang koordinator Promosi dan Pemasaran serta tiga orang koordinator Komunikasi.

Semasa perbincangan di bilik tutorial yang lalu, saya menyoal diri sendiri. Berani ke ambil cabaran ni? Kalau nak dihitung dari segi ilmu dan kemahiran memang tersangatlah kurangnya. Jadi saya rasa lebih baik saya belajar daripada sahabat-sahabat yang lebih mahir dan berkebolehan. 

Sejujurnya, saya sedikit ketinggalan dalam menggali ilmu kali ini namun sebaik sahaja selesai urusan, saya kembali menyemak mesej-mesej di wasap dan juga telegram.

Saya sangat terharu melihat kesungguhan dan kerjasama di antara ahli tim. Jutaan terima kasih diucapkan kepada barisan koordinator Tim LA 8 di atas segala ilmu yang dikongsikan. Terima kasih juga di atas poster dan video yang disediakan.

Saya masih banyak kekurangan ilmu dan masih banyak lagi yang perlu saya pelajari Namun, saya amat berharap dapat sama-sama berganding bahu dan menyumbang untuk kejayaan projek BKH Legasi Abah ini. InsyaAllah.

Jumpa lagi.

Wednesday, 24 February 2021

Menang Segmen Drop Your Link! By Adinda Baizura Mazlan

Teks: As Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Saya menang lagi!

Alhamdulillah, saya terpilih sebagai pemenang kedua untuk Segmen Drop Your Link! By Adinda Baizura Mazlan. Pemenang dan diumumkan sebaik sahaja segmen ini tamat tapi dua minggu kebelakangan ini saya sibuk dengan urusan peribadi maka lambatlah saya berblogwalking.

Jadi saya baru tahu jer ni :)

Boleh tengok senarai pemenang di SINI ya.

Alhamdulillah, link blog saya dah ada kat blog Adinda. Terima kasih ya Adinda Baizura Mazlan, sudi izinkan saya menumpang kasih di sana. As doakan semoga murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Jumpa lagi.



Menang Tempat Pertama Giveaway Blog Tangan Gebu

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, gembira sangat-sangat bila dapat tahu saya menang tempat pertama untuk Giveaway Blog Tangan Gebu. Rasa tak percaya pun ada. Sampaikan dua tiga kali belek post pemenang tu. Hehehe....

Boleh tengok post pemenang di sini ya :)

Dan hadiahnya adalah sebuah Jute bag yang cantik beserta nama saya yang comel. Hehehe... Hadiah dah pun selamat sampai ke tangan saya. Memang cantik sangat beg tu. Sesuai sangat nanti kalau nak balik kampung, atau pergi berkelah, atau nak bawa pergi shopping pun boleh. 

Terima kasih ya MSA dari Blog Tangan Gebu. As doakan semoga MSA terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dan berjaya dalam Master study.

Alhamdulillah. ^_^

Jumpa lagi.

Friday, 19 February 2021

Segmen Bloglist Ombak Bergigi X Shopee Lisz Global Resources

Teks: As Samsudin
Sumber: onbakbergigi.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner kalau nak join ya :)

Jom la kita join segmen ni. Bak kata OM, "untung sabut timbul, untung batu tenggelam."

Jumpa lagi.

Giveaway Vektor 2.0 by Cuya

Teks: As Samsudin
Sumber: nasuha-itsmyessay.blogspot

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner untuk join :)

Hadiah?

Dua pemenang akan menerima hadiah vektor (digital drawing). Nak tengok contoh-contoh vetor boleh visit ig cuya ya :)


Jumpa lagi.





Sunday, 14 February 2021

Selamat Hari Lahir Ayah

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


14 Februari 2021
Selamat Hari Lahir Ayah!

Alhamdulillah, akhirnya hari ini datang lagi. Selamat Hari Lahir Ayah. Semoga ayah sentiasa dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga ayah sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dirahmati Allah swt dunia dan akhirat.

Setiap tahun kami adik-beradik tidak pernah lupa untuk menyambut hari lahir ayah bersama-sama. Pot Luck gathering semestinya. Tapi tahun ini, kita tunggu habis PKP dulu ya. 

Dan semestinya, buku antologi BKH Legasi Abah yang bakal terbit akan menjadi hadiah yang paling istimewa buat ayah. Tak sabar rasanya nak hadiahkan untuk ayah. Agak-agak apa reaksi ayah ya?

Saya pun dah tak sabar nak dengar review ayah!

Ayah,
The older I get, the more I appreciate having you for a dad. Thank you Ayah. You are so special in every way!

Jumpa lagi.



International Book Giving Day - Tugasan 9

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi
Video: UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tugasan 9

14 Februari 2021
International Book Giving Day

Tahukah anda?

Hari ini, 14 Februari diisytihar sebagai International Book Giving Day oleh pihak UNESCO sejak tahun 2012. Sebanyak 44 buah negara telah turut serta dalam menyambut acara ini.

Kami di Universiti Kisah Hidup (UniKH) juga menyambutnya dan acara ini akan dijadikan acara tahunan dalam kalendar UniKH.

Mesti seronok kan kalau kita dapat bertukar-tukar buku. Apatah lagi jika kita mendapat buku yang telah lama kita idamkan. Ataupun buku yang baru pertama kali kita melihatnya atau mengetahui tentang kewujudannya.

bagaimana pula kalau kita dapat buku yang sudah lama kita cari tapi malangnya sudah tiada di pasaran? Lagi teruja kan.



Saya ada beberapa buah buku untuk ditukar termasuk buku antologi pertama saya yang bertemakan Peluang Kedua. Jom, apa kata kita ambil peluang ini untuk bertukar-tukar buku dengan saya. Ada yang sudi tak?

Kalau ada yang sudi boleh hubungi saya ya.

Nota:
Saya belum berkesempatan untuk meminang sahabat UniKH. Harap-harap ada yang sudi terima pinangan yang terlewat ini ya. :)

Jumpa lagi.