Friday, 25 February 2022

Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com

Teks: As Samsudin
Foto: fairusmamat.com

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner untuk join ya :)

As dah lama tak aktif berblog. Memang sibuk sangat dengan aktiviti seharian. Tapi ni dah ada mood nak menulis. Dan ternampak pula giveaway ni. Terus nak join.

Hadiahnya adalah sesuatu yang amat As suka. Seronok kumpul pelbagai jenis buku. Kalau ada rezeki As, dapatlah buku ni kan.

Jom geng, kita support giveaway ni. Giveaway berlangsung dari 24 Februari - 8 Mac 2022.



Nota: Teringat Giveaway Aku dan Kamu, giveaway pertama As. Nanti nak buat entri susulan la. Hari tu sibuk sampai tak sempat update apa-apa.

Jumpa lagi.


Jom Ke Ikea!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Siapa suka membeli-belah di Ikea?

Mesti ramai peminat dekorasi rumah Ikea kan. As salah seorang daripadanya. Kalau dapat menjamu mata di Ikea, sehari suntuk kat situ pun sanggup.

Kali ini As ke sana dengan misi utama untuk mencari rak buku baru. Rak buku lama semuanya dah rosak. Dahulu, semasa paip air pecah, air masuk sampai ke bilik. Habis terkena rak buku. Bukan sahaja rak rosak malah buku-buku dan majalah di bahagian bawah semua terkena air. 

Memang sedih sangat.

Tapi jangan sedih lama-lama. Tak baik tau.

Jom kita merawat hati yang sedih dengan mencari rak buku baru. Kebetulan pula pembinaan perpustakaan mini atau Run & Read Studio telah pun siap. Jadi As sudah tidak sabar untuk menghias ruangan tersebut.

Yang paling penting, jangan lupa bergambar di Ikea. Banyak sudut yang menarik. Kalau tak bergambar memang rugi. Kalau nak tahu, bukan sekali sahaja As berkunjung ke Ikea. Dua tiga kali pergi baru dapat idea dekorasi untuk Run & Read Studio.

Memang sengaja nak cuci mata kan!





Jangan lupa follow Instagram runandreadstudio ya.

Jumpa lagi.

Thursday, 24 February 2022

Run & Read Studio Dah Siap

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Run and Read Studio.
100sqft
Design by me.
Build by Precioustech Construction.

Kecil saja kan tapi perasaan gembira tu tak terkata, bagaikan si kudung mendapat cincin.

Tengok tu, dah siap buat wiring, pasang lampu dan kipas. Lampu dan kipas pun comel saja sebab ruang kecil kan.

Sudah siap basuh juga, nampak berkilat kan!

Lepas ni nak buat apa pula ya?


Jemput follow As ya kawan-kawan :)

Jumpa lagi.

Wednesday, 23 February 2022

Coming Soon - Run & Read Studio

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Small spaces, even bigger dreams!

Alhamdulillah, impian pertama yang hampir tercapai di tahun 2022.

Impian yang telah ditunda dari semasa ke semasa. Walaupun perjalanan ini panjang dan penuh onak dan duri namun mengalah jauh sekali.

Hatiku. Jiwaku.



Jemput follow As ya kawan-kawan :)

Jumpa lagi.

Tuesday, 14 December 2021

Manuskrip BKH Jodoh Cinta Sudah Hantar

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



28 November 2021.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah swt yang memudahkan segala urusanku.

Setelah berhempas-pulas memerah otak akhirnya karya terbaru saya telah menemui titik nokhtah. Karya cinta yang akan dimuatkan dalam buku Antologi BKH Jodoh Cinta 2022.

Sebelum ini memang suka memuat naik status yang berbunga-bunga cinta tapi bila kena tulis karya berdasarkan kisah jodoh pertemuan #Asaliff, jenuh juga nak susun kata-kata.

Pada mulanya cemas juga bila mengingatkan tarikh penghantaran karya yang semakin hampir iaitu pada 26 November (tarikh asal) sedangkan karya bukan sahaja belum siap sepenuhnya bahkan pening dengan proses editing. 

Manakan tidak, baru separuh jalan menaip jumlah patah perkataan sudah melimpah ruah. Memang pening nak edit tu.

Tapi alhamdulillah, mak Sri Diah memang seorang yang amat memahami gelodak jiwa anak-anaknya. Dek kerana sayang, mak lanjutkan juga tarikh sehingga 28 November. Terima kasih mak yang cantik jelita.

Akhirnya berjaya juga siapkan karya jodoh cinta Pelari Misteri dan Turtle Runner. Dan alhamdulillah dapat juga hantar mengikut masa yang telah ditetapkan. 

Lega.

Nantikan kisah #Asaliff dalam Antologi BKH Jodoh Cinta 2022.

Jumpa lagi.

Friday, 10 December 2021

Semester 002 Universiti Inspirasi Kisah Hidup (UniKH)

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Masa semakin galak mencemburui kita.

Pantasnya masa berlalu. Sedar tak sedar Semester 002 Universiti Inspirasi Kisah Hidup (UniKH) telah berjalan selama dua bulan.

Kuliah satu hingga kuliah 18 telah pun selesai. Masya-Allah, terlalu banyak ilmu yang telah dicurahkan oleh pensyarah-pensyarah hebat UniKH bersama Rektor kesayangan, Mak Sri Diah Shaharuddin.

Ironinya, setiap kali bermulanya perjalanan penulisan buku antologi kisah hidup, ketenangan emosi saya berkocak. Dengan keadaan persekitaran yang tidak membantu, banyak kerja-kerja penulisan yang tertangguh.

Major renovation untuk Rumahku Syurgaku. Dahulu, semasa penulisan manuskrip Legasi Abah, kerja-kerja pengubahsuaian berlaku di bahagian belakang. Dan kini, selepas PKP, kerja-kerja pengubahsuaian bersambung pula di bahagian hadapan.

Banyak urusan yang menuntut perhatian. Bukan saja dari segi pemilihan kontraktor bahkan saya turut terlibat secara langsung dalam pemilihan bahan dan rekabentuk rumah idaman. 

Mana nak buat design tingkap, nak pilih pintu, nak pilih lantai jubin, siling, dan yang paling teruja adalah proses perincian rekabentuk untuk mini perpustakaan saya.

Kepenatan fizikal berjangkit ke mental. Apa taknya, penuh satu rumah dengan habuk dan debu. Dunia saya hanya di dapur dan bilik. Hidup bagaikan merempat.

Jiwa kacau!

Namun, dalam kesibukan yang bukan sedikit, saya bersyukur kerana masih mampu mengikuti semua kuliah yang telah ditetapkan. Walaupun ada kalanya wujud video-video nakal hasil intipan suami, namun saya tetap setia di kerusi sehingga kuliah selesai.

Perjalanan Semester 002 saya dalam mood berbunga-bunga. Tema BKH Jodoh Cinta membuatkan hati bercanda seirama. Teruja kerana berpeluang untuk menggarap kisah cinta terindah anugerah daripada Yang Esa. Kisah cinta Asaliff yang penuh dengan seribu satu cerita suka duka.

Nantikan kisah #Asaliff dalam Antologi BKH Jodoh Cinta 2022.

Jumpa lagi.

Tuesday, 23 November 2021

Manuskrip Baru 2022

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


23.11.2021...

Baru 50% cerita, belum lagi sampai tahap karya yang diinginkan. Tapi dah 900 patah perkataan.

Macamana tu?

Jomlah kita ulangkaji nota-nota kuliah Sem002 Universiti Inspirasi Kisah Hidup. Pasti ada jalan penyelesaiannya.

#bkhjodohcintaAs
#akudankamu
#kisahasaliff
#bukuantologi2022

Jumpa lagi.