Monday, 26 September 2022

Selamat Datang ke Sem003 UniKH

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana diberi peluang dan kesempatan untuk turut serta dalam Sem003 Uniknya Inspirasi Kisah Hidup (UniKH).

Sebagai alumni UniKH, semestinya saya tidak akan melepaskan peluang untuk terus menimba ilmu dan memantapkan lagi ilmu penulisan dari semasa ke semasa.

Rektor UniKH, Puan Sri Diah Shaharuddin sememangnya sudah tidak asing lagi dalam perjalanan dunia penulisan saya. Saya mempunyai nilai sentimental bersama Mak Sri yang  amat manis untuk dikenang.

Kenapa?

Kerana mak, saya berjaya memeluk buku pertama saya dan juga berjaya mencipta sejarah peribadi di atas pentas utama PBAKL 2019.

Saya pernah belajar ilmu penulisan bersama mentor yang lain namun maklah orangnya yang berjaya menjentik hati saya untuk menulis buku dan menjadi titik permulaan kejayaan saya pada hari ini.

Mungkin kejayaan saya ini tidaklah sehebat anak-anak mak yang lain namun inilah momen indah yang akan saya kenang selagi hayat dikandung badan.

Terima kasih mak.
Terima kasih para pembimbing UniKH.
Terima kasih sahabat pengkarya semua.

Selamat Maju Jaya dan semoga kita semua lulus dengan cemerlang dalam semester ini.

As Samsudin
BKH Kembar 10
BKH Legasi Abah
Antologi Karau Rindu
BKH Jodoh Cinta

#Sem003assamsudin
#UniKH

Jumpa lagi.

Ayuh Bangkit!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Wow, pagi-pagi lagi dah dapat hadiah daripada mak Sri Diah Shaharuddin tersayang.
Macam tahu-tahu je anak dia tengah bersedih.

Betullah kata mak, orang yang positif tidak akan terus bersedih. Kuatkan semangat, jalan terus!

Kalau ada seorang yang tak suka kita, ramai lagi yang suka dan sayang pada kita. Tak perlu buang masa merayu. Banyak lagi peluang menanti dan ramai lagi yang lebih menghargai.

Dan ingatlah, jika satu pintu tertutup buat kita, banyak lagi pintu yang masih terbuka. Pilih saja.

Okey, mak dah menceriakan saya. Saya pun nak bagi hadiah juga la. Sedekah pagi kan magnet rezeki. Eh, dah tengah hari la...

Okey je kan. 

Nah, untuk kamu yang masih bersedih. Ketik sini untuk melihat hadiah kamu.


Jumpa lagi.

Wednesday, 6 July 2022

Happy Anniversary Asaliff

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



6 July...
Happy Anniversary Asaliff.

"There is only one happiness in this life, to love and to be loved." 
~ George Sand

Jumpa lagi.

Thursday, 9 June 2022

Sesi Meet and Greet Antologi Jodoh Cinta

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



ADA APA DENGAN CINTA?

๐Ÿ’š Sesi MEET & GREET Pengkarya Jodoh Cinta di PBAKL 2022 ๐Ÿงก

Temui kami,

Norezlin Sulaiman 
Che Mas 
As Samsudin 
Azlin Nordin 
Akhfa Jalal 
Noorwisma Shaari 
Nik Fatimah Nik Aznan 
Mfk Faizal Andra 

Jumaat, 10 Jun 2022
11 pagi - 12 tengah hari
Reruai No. 3164, Dewan Tun Razak 3, WTC Kuala Lumpur

Aktiviti menarik dan hadiah istimewa menanti anda!

๐Ÿ’˜ Kuiz Cinta Sejati
๐Ÿ’˜ Saya Dan Dia
๐Ÿ’˜ Ayat Power Chia Chia Chia 

Jangan lupa temujanji kita tau.

Jumpa anda di sana ๐Ÿ’

#bkhjodoh_cinta
#meetandgreetassamsudin 
#pbakl2022

Jumpa lagi.



Sesi Meet and Greet - As Samsudin

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Sesi Meet and Greet bersama As Samsudin, penulis Antologi Jodoh Cinta.

MasyaAllah, betapa besarnya nikmat yang Kauberi. Impian yang sekian lama tersemai akhirnya akan menjadi kenyataan. 

Memang pernah bermimpi untuk berada di meja penulis sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur namun tak sangka ia bakal menjadi nyata.

Esok, 10 Jun 2022
11am - 12 pm
Reruai No. 3164, Dewan Tun Razak 3
@WTC Kuala Lumpur

Jumpa di sana ya.

Jumpa lagi.

PBAKL 2022 - Keterujaan Berganda

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kenangan pbakl 2019

Dah terjah ke pesta buku?

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sedang berlangsung bermula 03 Jun lalu dan akan berakhir pada 12 Jun 2022. Selama satu minggu ni, penuh cerita pesta buku di semua media sosial. Semuanya teruja berkongsi cerita.

Dua tahun kita menanti, sudah tentu semuanya tak mahu terlepas peluang untuk berkunjung ke pbakl pada tahun ini kan. 

Teruja, namun dalam masa yang sama cemburu melihat gelagat sahabat-sahabat yang telah berkunjung ke sana. Tak sabar menunggu giliran saya pula.

Esok. Ya, esok!

InsyaAllah, saya akan berada di WTC Kuala Lumpur untuk merasai sendiri kehangatan Pbakl 2022. Jumpa di sana ya.

Jumpa lagi.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022

Teks: As Samsudin
Foto: UniKH dan Facebook PBAKL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Late post.

Boleh klik link di bawah ye.



Jumpa lagi.