Thursday 9 June 2022

PBAKL 2022 - Keterujaan Berganda

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kenangan pbakl 2019

Dah terjah ke pesta buku?

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sedang berlangsung bermula 03 Jun lalu dan akan berakhir pada 12 Jun 2022. Selama satu minggu ni, penuh cerita pesta buku di semua media sosial. Semuanya teruja berkongsi cerita.

Dua tahun kita menanti, sudah tentu semuanya tak mahu terlepas peluang untuk berkunjung ke pbakl pada tahun ini kan. 

Teruja, namun dalam masa yang sama cemburu melihat gelagat sahabat-sahabat yang telah berkunjung ke sana. Tak sabar menunggu giliran saya pula.

Esok. Ya, esok!

InsyaAllah, saya akan berada di WTC Kuala Lumpur untuk merasai sendiri kehangatan Pbakl 2022. Jumpa di sana ya.

Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment