Wednesday, 14 June 2023

Virgin Fuji Speed Hike

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Virgin Fuji Speed Hike🍃

Selesa ✅
Ringan ✅
Tak sakit kaki ✅
Sedikit licin ✅
Sesuai untuk speedster ✅

Saya tak laju sebab tu pilih kasut laju! 😅

#oneasics
#asicsfujispeed 
#fujispeed
#trailrunningandhiking


Jumpa lagi.

Tuesday, 13 June 2023

Jom Sepak Daun 1.0!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


"Look deep into nature, and then you will understand everything better." ~ Albert Einstein

Jom Sepak Daun!
10 Jun 2023
Tokkun Hill, Bukit Mertajam
Distance: 8km
EG: 550m

Setelah sekian lama tidak mendaki Bukit Tokkun, dan setelah sekian lama menolak ajakan Aiman untuk mendaki bersama, akhirnya saya berjaya juga melawan kemalasan dan kesibukan.

Pertama kali masuk trek ni, sebab pintu utama masih ditutup untuk kerja-kerja penambahbaikan. Boleh tahan jahat juga trek ni, memang pewai bersepai.

Kononnya nak training untuk CULTRA tapi macam inilah gayanya, kena jual bib la kot.

Jangan cari nahas.

Eh, berpantang maut sebelum ajal. Jangan cepat menyerah kalah, cuba dahulu. 

John Barrow says, "If you never try, you'll never know what you are capable of."

Baiklah John, nanti saya hiking lagi. Demi CULTRA.

View Mengkuang Dam

Signature view Asaliff :)

We are Quat Runner

Terima kasih sudi mengasuh saya!

Virgin #Fujispeed hike!

Setiap kali hike Bukit Tokun mesti bergambar di sini. View dan pose yang sama #akudankamu

Yeay, sampai juga akhirnya. Bukti dah sampai ke puncak :)

Pewai!

Jumpa lagi.

Monday, 12 June 2023

Mid Year Self Rewards

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Mid Year self rewards comes early.

Rewards boost motivation

Alhamdulillah. Perlahan-lahan kejar impian. Jom sepak daun!



#oneasics
#asicsfujispeed
#fujispeed
#trailrunningandhiking
#tr77
#turtlerunner

Jumpa lagi.

Raikan Cinta Izmir & Izad

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Raikan cinta Izmir & Izad bersama pasangan Aimi & Faizun.  


Selamat pengantin baharu, semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.

Tahniah kak Salina dan Dr Radzi.

Lama betul tak jumpa Kak Ina

Semeja dengan Kak Ana. Ini pun sama, sejak pkp nilah baru berjumpa.


Paling seronok dapat merasa naik bugi golf ke rumah kenduri. 

#asaliffraikancinta

Jumpa lagi.

Thursday, 8 June 2023

Happy Global Running Day 2023

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Happy Global Running Day 2023

6 Jun vs 7 Jun 🏃🏻‍♀
40 minit easy run 

Hari tu saja la gantung kasut.

Tiba-tiba kasut hilang.

Ni baru jumpa.

Jom lari!

#asaliffrunningjourney
#turtlerunner
#training
#longdistancerunner 
#marathon

Jumpa lagi.

Saturday, 3 June 2023

PBAKL 2023, Aku Datang!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Bila kita reda pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang tidak dijangka.

Di sebalik setiap kepahitan pasti ada kemanisan di hujungnya.

Itulah lumrah kehidupan. Setiap ujian yang datang ada hikmahnya. Bersangka baiklah dengan Allah, pasti yang baik-baik juga buat kita.

Minggu lepas sedikit kecewa kerana tidak dapat menyertai Hatyai Marathon.

Ralat juga kerana terlepas untuk menimba ilmu dalam program Himpunan Writerprenuer anjuran UnIKH.

Saya dan suami diuji dengan Covid-19 untuk kali kedua.

Bukan sedikit sakitnya. 

Aku hanya mampu menghitung hari, melihat PBAKL yang semakin berlalu pergi.

Namun tak siapa menduga, akhirnya aku di sini.

Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023.



Mengulangi kembali momen-momen yang sangat bermakna dalam hidup aku.

Masya-Allah tabarakallah. Nikmat mana lagi yang harus aku dustakan.

As Samsudin
03 Jun 2023
PBAKL WTCKL

#pestabukuantarabangsakualalumpur2023 
#PBAKL2023 
#asdanpestabuku 
#akudankamu
#asaliff

Jumpa lagi.

Thursday, 1 June 2023

Jom Ke PBAKL Sabtu Ini!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


10.12 pagi, 1 Jun 2023

"Abang, motor okey tak kalau nak jalan jauh?"

"Motor mana? ER6? Sayang nak pi mana?"

"Buku baharu sayang ada di PBAKL. Cemburu la tengok depa dok bergambar sakan."

Itulah bibit-bibit permulaan kata. Padahal dalam hati meronta-ronta nak straight to the point saja; 'Jom pi pesta buku!'.

Tapi tak berani nak sebut takut kecewa.

"Kalau hati dah meronta-ronta sangat, pergi jelah. Abang support sayang la, bawa ke sana."

Ya Allah, gembira tak terkata. Senyum sampai ke telinga. Tak sabar nak tunggu hari Sabtu. Eh, terujanya.

Nak peluk buku Sesat.
Nak jumpa mak dan kawan-kawan penulis.
Nak borong buku.
Nak ambil gambar banyak-banyak.

Oh ya, ini gambar kenangan PBAKL 2019 dan 2022. Setiap kali ke PBAKL mesti nak bergambar di sini.

Sabtu ni kita repeat lagi.


Eh, ada yang nak jumpa saya ke?

Jumpa lagi.