Saturday 3 June 2023

PBAKL 2023, Aku Datang!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Bila kita reda pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, Allah akan gantikan dengan sesuatu yang tidak dijangka.

Di sebalik setiap kepahitan pasti ada kemanisan di hujungnya.

Itulah lumrah kehidupan. Setiap ujian yang datang ada hikmahnya. Bersangka baiklah dengan Allah, pasti yang baik-baik juga buat kita.

Minggu lepas sedikit kecewa kerana tidak dapat menyertai Hatyai Marathon.

Ralat juga kerana terlepas untuk menimba ilmu dalam program Himpunan Writerprenuer anjuran UnIKH.

Saya dan suami diuji dengan Covid-19 untuk kali kedua.

Bukan sedikit sakitnya. 

Aku hanya mampu menghitung hari, melihat PBAKL yang semakin berlalu pergi.

Namun tak siapa menduga, akhirnya aku di sini.

Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023.



Mengulangi kembali momen-momen yang sangat bermakna dalam hidup aku.

Masya-Allah tabarakallah. Nikmat mana lagi yang harus aku dustakan.

As Samsudin
03 Jun 2023
PBAKL WTCKL

#pestabukuantarabangsakualalumpur2023 
#PBAKL2023 
#asdanpestabuku 
#akudankamu
#asaliff

Jumpa lagi.

2 comments:

  1. as dtg bila tu? banyak x borong buku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari kedua terakhir (Sabtu)... tak borong banyak buku sebab pi naik motor. Hihi...

      Delete