Friday, 31 October 2014

Jin Florist Kulim Kedah

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hai semua...

Topik hari ini ialah "Bunga Oh Bunga".

Kenapa tiba-tiba nak cerita pasal bunga? Oh...sebabnya hari ini saya dapat bunga baru untuk lobby sebab bunga yang lama dah kotor sangat.

Alkisahnya, nak beli bunga baru tapi bila minta cotation dari satu kedai bunga kat Penang nun... mak aaiii...mahal ya rabb. Dia bagi sample dalam lima bunga yang dah siap digubah then dia letak harga RM350 for any design. Hamboihhh...hamboihhh...kemain lagi depa noo...

Inilah dia sample bunga tu... biasa saje kan. Macam tak berbaloi dengan harga ;(






Pastu bila dah tukar fikiran dari beli bunga baru kita just nak buat cleaning and rearramge saje, depa caj kita dalam RM150. Wow... ni nak ketuk ke apa ni...?? So, cancel la nak order dari depa.. baik pi cari kedai bunga kat Kulim saja. Walaupun kedai kecil tapi design dia memang tip top. Harga pun berbaloi-baloi....

Ha... akhirnya kita decide order dari kedai bunga Jin Florist kat pekan Kulim. Kedai ni berhadapan dengan kedai 7Eleven, same row dengan kedai sukan kat pekan Kulim tu tapi bangunan yang di sebelahnya lah. Kalau rasa-rasa tak dapat agak kedai tu kat mana, call saja nombor telefon yang tertera di bawah ni :)

JIN FLORIST
2, AKED MDKT, JALAN TUNKU MOHD ASAAD,
09000 KULIM KEDAH
TEL: 04-4903422 / 012-4613088
FAX: 04-4910872 / 4901042
EMEL: jinflo@tm.net.my

Jin Florist ni bukan saja menjual pelbagai jenis bunga malah turut menjual bunga hiasan yang telah siap digubah dalam pelbagai saiz. Pilih saja yang mana berkenan, bayar dan terus boleh hias kat rumah. Bukan itu sahaja, kalau nak tempah bunga ikut kesukaan kita pun boleh, nak bagi hadiah kat kekasih, kawan, bunga untuk hari jadi, untuk konvokesyen, untuk opening ceremony... semua ada. Pendek kata macam-macamlah....

Bridal Bouquets
Wedding Car Decorations
Corsages
Wreaths
Fruit & Floral Arrangement
Dry Flower arrangement Professional & Hobby Courses On Floral Arrangement

Staf kat situ pun ok.. baik dan ramah. Kira layanan memang memuaskanlah. Yang penting kita keluar dari kedai dengan happy sebab dapat bunga yang kita nak.

Tara... ini bunga yang diorang gubah untuk letak kat office saya. Cantik kan. Harganya cuma RM80. Memang puas hatilah dengan hasilnya dengan harganya.



Okay, selamat berbunga ^_^

No comments:

Post a comment