Tuesday 12 May 2015

Gigi Saya Sakit!

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Carian Google

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hari ini, Selasa... dah dua hari bekerja untuk minggu ni. Dan dua hari juga lah saya mengantuk di tempat kerja. Rasanya bukan sebab tak cukup tidur, tapi sebab tak cukup rehat. Terasa macam malas nak pi kerja sebenarnya, hati terasa nak duduk berehat di rumah sahaja. Tapi kan..kalau tak pergi kerja... duduk di rumah pun bukannya berehat yang bagaimana... mesti tidur juga. Alamak... nanti lagi letih badan. Haha... banyak songeh betul la... kan? XD

Bukan banyak songeh sahaja, banyak tapi pulak tu. Jadi, tak payah nak mengada-ngada. Duduk diam-diam buat kerja!! Hehe...


Eh, baru terperasan. Tajuk entri ni `Gigi Saya Sakit' tapi dari tadi tak bercerita pasal gigi sakit pun. Apa la... Ya la kan, hari ini tak ada mood nak menulis sesuatu yang berinformasi. Tapi jari-jemari ni terasa ingin menari juga hari ni. Jadi kita tulis sesuatu yang santai sajalah.

Waktu ni gigi saya tengah sakit. Bukan sebab berlubang tapi mungkin sebab kunyah sesuatu yang keras kot. Dah dua hari ni mengantuk punya pasal, saya asyik makan maruku saja. Sebab tu lah gigi sakit. Alahai... macam-macam lah...

Jadi saya dah stop makan maruku dan sekarang tengah cari ubat nak baikkan gigi ni. Tak apa, tak perlu susah-susah. Kita baca Surah Al-Fatihah... sebab surah ini banyak khasiatnya. Yang penting kena yakin kepada-Nya.


  • Surat Al-Faatihah boleh mengobati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.
Okaylah, sekian dulu untuk hari ini. Jumpa lagi dalam entri seterusnya.

Adios!

1 comment: