Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tahun 2021 kita semua berhari raya haji di rumah sendiri saja bersama keluarga seisi rumah. Bagi mereka yang tinggal bersama keluarga besar memang beruntung sangatlah kan. Boleh raya ramai-ramai penuh satu rumah. Memang meriah la...
Tapi bagi mereka yang punya keluarga kecil, berdua atau bertiga seisi rumah, sambutlah kami dengan penuh kesayuan. Nasib baiklah tahu juga masak juadah raya. Boleh juga hidang di pagi raya.
Nasib baik lagi kan. Hehehe...
Inilah juadah di hari raya haji As dan Aliff. Makan berdua saja jadi tak perlu masak banyak-banyak. Cukuplah ada ketupat, rendang dan nasi himpit. Sebab tanpa ketupat dan rendang, tak rasa macam hari raya. Kuih-muih pula cukuplah dua tiga jenis sahaja.
Rendang Cili Padi resipi nenek. Nanti As kongsi resipi ya :) |
Ketupat Mak Jang, jiran depan rumah. |
Jumpa lagi.
selamat hari raya aidiladha!
ReplyDeleteSelamat hari raya juga :)
DeleteWowww rendang cili padi.. Dgr oun dh menarik.. Pedas2 ni
ReplyDeleteAah sedap dan pedas. Rendang ni memang senang sangat nak buat. Tak banyak bahan.
DeleteTak macam rendang daging yang As selalu buat macam rendang tok tu... macam-macam kena bubuh...
Sedapnya rendang tu. Pedas2 memang terangkat..
ReplyDeleteSedap... makan dengan nasi putih pun boleh...
DeleteKecur liur terbayang rendang cili padi. Rajin buat kuih raya ye
ReplyDeleteRendang masak sendiri. Kuih As beli jer....
Deletemenyelerakan
ReplyDeleteYa, dok ulang makan sampai petang... Hihi
Deletethn ni abe kie buat korban. cuma keghairahan nak makan daging x semeriah dulu sbb perlu jaga kesihatan...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tak apa abe kie, kesihatan lebih penting...
DeleteSedapnyaaa nasi himpit dan ketupat! Lama tak makan. Terbayang bayang kepedasan rendang cili api tuuu hehehe
ReplyDeleteKan... nasi himpit dan ketupat, dua-dua makan dengan rendang. Settle... hihihi
Deletekalau kat kedah wajiblah kena ada ketupat palas time hari raya. selamat hari raya As :)
ReplyDeleteBetul, ketupat daun palas kena ada.
DeleteSelamat hari raya juga buat Tiara :)
suka tgk rendang mcm tu mkn mesti bertambah😊
ReplyDeleteRendang macam tu sedap kan, pekat bersalut... hihi
DeleteAlhamdulillah, sedap nampak hidangan raya As dan suami. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur dapat juga makan juadah raya.
DeleteSedapnya ketupat.. Tahun ni takde ketupat, kami buat nasi impit saja.
ReplyDeleteNasi himpit kuah kacang pun sedap dah tu. As rebus nasi himpit, tapi tak buat kuah kacang. Makan jer dengan rendang daging tu...
Deletewaalaikumussalam. menu raya masak sendiri makan sendiri kita semua sebab PKP kan. harapnya tahun depan boleh la ziarah ahli keluarga :(
ReplyDeleteInsyaAllah, sama-sama kita berdoa semoga kehidupan kita kembali bebas seperti dulu...
DeleteMacam menarik tengok rendang tu! Mesti sedap, makan boleh bertambah tu!
ReplyDeleteRendang yang simple. Nanti as kongsikan resipi ya :)
Delete