Friday 13 August 2021

Shopee | asdanpakku Shop

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Alhamdulillah... bermula akhirnya projek As yang satu ini.

asdanpakku Shop!

Inilah salah satu daripada impian yang telah lama As idam-idamkan. Nak berjinak-jinak dalam bidang bisnes. 

Nak jual barang apa?

Ha, bukan semua barang ya. Hanya barang-barang yang menjadi kesukaan As saja. Barang-barang yang sesuai dengan minat As.

Apa tu?

Sudah semestinyalah buku, perfume, barang-barang dekorasi Ikea, Kaison, HIG Langkawi, Madam King, barangan kesihatan, produk makanan yang sedap-sedap... Ala, macam banyak pulak...

Hehehe...

Sebab apa kena jual barangan berdasarkan minat dan kesukaan? Sebab nanti kalau customer tanya info tentang barang-barang tu senang As nak jawab. InsyaAllah, as ada ilmu serba sedikit tentang semua tu.

Product knowledge kan penting bagi seorang penjual.

Betul tak?

Buat masa ni baru ada beberapa produk. InsyaAllah As akan tambah dari semasa ke semasa. Produk yang dah sold out pun ada. Huhuhu.... 

Apa-apa pun, doakan semoga perjalanan asdanpakku Shop ini dipermudahkan Allah swt dan mendapat keberkatan-Nya.

Amin.


Jemput singgah dan follow kedai As ya. Sekiranya ada apa-apa pandangan dan cadangan, sangat dialu-alukan. 

Terima kasih daun keladi.

Jumpa lagi.

8 comments:

  1. wahhhh semoga dimurahkan rezeki kak as :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu product knowledge tu penting supaya senang nak terangkan bila orang tanya.

    ReplyDelete
  3. HIG langkawi?ada cekelat best2 x?😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cekelat ada, macam-macam... Nak order boleh wasap As (0184044132)

      Delete