Monday, 19 December 2016

Day 3 Hatyai: Jalan-Jalan Hatyai Town & Kim Yong Market

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#akubackpacker

Jom kita Jalan-Jalan Hatyai Town dulu. Satgi nak balik dah. Weolls ambil Tut Tut lagi, bagitahu kat driver tu suruh hantar pi kat Kim Yong Market. Kat sini pagi-pagi ada pasar basah yang jual macam-macam la. Buah-buahan, sayur-sayuran dan pelbagai jenis makanan. Masa kami sampai tu kira depa dah siap-siap dok kemas dah.

Tapi tak apa, kami bukan nak pi terjah pasar basah tu. Kami nak pi pasar kering. Haha... kat sini ada jual macam-macam la. Pakaian.... baju seluar macam-macam fesyen. Kawasan dia pun besar sangat. Sehari meronda pun tak habis.

Masa pun suntuk jadi kami tengok sat-sat saja la. Terus beli apa yang berkenan. Kalau nak belek satu-satu pakai tidoq kat Hatyai lagi la malam ni. Hahahah~ Tapi memang best shopping kat sini. Macam-macam ada. Kualiti pun okay tapi pandai-pandai la pilih kan.






Paling banyak borong baju kat kedai ni la. Ceq suka sangat!!


Pastu jalan-jalan lagi kat Lee Garden Plaza. Masuk kedai tu masuk kedai ni. Souvenir barang wajib beli, untuk family dan kawan-kawan. Ada la sikit-sikit, yang penting beli yang perlu saja. Jangan membazir.


Jalan-jalan lagi jumpa la makcik jual buah pauh ni. Buah pelam la.... besar-besar buah pelam tu. Tengok saja pun dah telan air liur. Semua tu THB200 ja. Pikir punya pikir mai la dua orang kita... terus suruh bungkus semua. Hahahah.... putih mata.... :D Eh, dak aihhh... tak putih mata pon. Sebab dok fikir kalau beli ingat senang ka nak bawa balik. Berat ya amat tuuu....


Dah penat jalan, tekak terasa haus pula. Weolls pun singgah minum green tea kat Restoren Hamid. Wow, sedapnya green tea kat sini! Lemak berkrim disukai ramai!!


Okaylah, dah tiba masa untuk gerak balik ke Malaysia. Ecewah... macam pi obersea la sangat. Haha... lepas ni mesti tak sabar nak pi Hatyai lagi sebab mesti rindu masakan kat sini. Tapi takpe, kami bukan saja bawa balik macam-macam souvenir tapi juga 1001 kenangan yang terindah.

Okay good bye Hatyai. See you next time.

Adios!

Friday, 16 December 2016

Day 3 Hatyai: Lunch Nasi Komok Di Kai Tod Daycha & Seafood

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#akubackpacker

Hari ni bangun lewat sikit. Bermalas-malas dulu sebab kejap lagi nak terus check out. Nak pi jalan-jalan cari makan... nak pi jalan-jalan shopping...

Dalam pukul 10am macam tu weolls check out. Ambil Tut Tut terus gerak ke Hatyai Town. Macam biasa Tut Tut THB20 yea. Tapi hari tu dapat uncle driver tu... dia siap bawa pusing pi fetch wife dia kat market pastu baru pi hantar kami. Masalahnya dia macam tak tau kami nak pi mana dok pusing merata. Alih-alih kami lak suruh dia berenti ja kat tepi jalan tu... and kena bayar THB40 sorang... haih... nasib baik uncle.... sedekah jer la....

Weolls terus pi kat kedai yang ambil tiket balik tu. Simpan semua beg kat situ. Sebab weolls nak pi jalan-jalan lagi. Van gerak balik pukul 4pm. Sempat la kami meronda dulu. Destinasi pertama sudah tentulah cari tempat makan. Ramai yang kata kalau pi Hatyai kena try Nasi Komok kat Kai Tod Daycha & Seafood. So, jom la kita pi try!

[NASI KOMOK]

Nasi Komok ni sebenarnya nasi kuning yang dihidang bersama sup kosong, ayam goreng dan sos, acar timun dan ulam-ulaman. Nasi Komok kat sini memang sedap, nasinya lembut... kalau makan macam tu saja pun sedap. Ditambah pula dengan ayam goreng nya yang rangup. Tapi ayam goreng kat Hatyai ni memang dah terkenal dengan kerangupan dan kesedapannya. Kalau pi kat Danok tu pun dah boleh jumpa ayam goreng yang sedap cenggini.



Pertama kali cuba Nasi Komok memang saya suka. Boleh mai makan lagi lain kali. So uolls kalau ke Hatyai bolehlah cuba Nasi Komok kat Kai Tod Daycha & Seafood.

Jom kita pi Jalan-Jalan Hatyai Town pula.

Adios!

Tuesday, 18 October 2016

Rebut Peluang Dapatkan Novel Suri Hati Mr. Pilot Dari Cik Akak...

[Sumber: sweetyzhanieyz83.blogspot.my]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Wow... menarik ni! Jom kita rebut peluang dapatkan novel Suri Hati Mr Pilot dari Cik Akak... mana tahu ada rezeki kita boleh la dating ngan Abang Pilot. Ahaks!


Klik banner untuk join :)

Kenapa aku nak sangat Novel Suri Hati Mr. Pilot?

Oh... mestilah sebab saya belum ada novel ni. Belum baca dan sejujurnya belum kenal dengan penulis Dila Dyna. Lagipun adaptasi novel ni kan asyik diperkatakan saja di media sosial... so saya pun nak baca la novel ni dulu baru boleh join sembang kat media sosial. Hihihi....

Adios!

GIVEAWAY SALAM PERKENALAN by MASHITAHMAMAT

[Sumber: mashitahmamat.blogspot.my]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Jom kita berkenalan dengan Mashitah Mamat. Eh, eh.. nama sama la... :D


Klik banner untuk join :)

Adios!

Day 2 Hatyai: Lunch Di Salma Restaurant

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#akubackpacker

Masih di Hatyai... penat kot run 10km sempena Hatyai International Marathon 2016. Makan macam-macam dah kat sana tapi weolls still nak pi lunch juga. Jangan marah ya XD

Memandangkan dah letih bermarathon, so weolls decided nak terus ke Salma restaurant. Bukan apa, tadi dah banyak kalori hilang so kena makan lagi untuk tambah kalori balik la. Betul tak? Tadi kat Stadium Jiranakorn makan gitu-gitu saja, ni kena pi cari nasi la...

Kali ini weolls pilih menu Ala Carte pula. Senang. Ada macam-macam menu yang boleh dipilih. Dan tara.... inilah menu untuk lunch hari ini.

Nasi Putih + Paprik Ayam + Green Tea Ais.



Simple tapi sedap dan mengenyangkan!

Perut pun dah kenyang. Jom kita balik berehat secukupnya. Esok kita sambung lagi Jalan-Jalan Cari Makan... Jalan-Jalan Shopping kat Hatyai.

Adios!

Friday, 14 October 2016

Day 2 Hatyai: [2016] #6 Hatyai International Marathon 2016

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#akubackpacker

Bangun pagi ni badan terasa segar, maklumlah...seawal jam 4:30am dah bangun. Masih terbayang-bayang keenakan Tomyam Udang Galah Kelapa Muda kat Kai Tod Daycha & Seafood Hatyai. Tiba-tiba terasa lapar...

Tak nak layan perut dulu. Bangun, mandi dan bersiap sebab ada misi yang menanti di Stadium Jiranakorn. Tapi sebelum keluar, makan dulu roti dan susu. Buat alas perut kekdahnya... takut nanti pancit pula kat tengah jalan. Ahaks.


[ HATYAI INTERNATIONAL MARATHON 2016]
[STADIUM JIRANAKORN, HATYAI]
[29 MAY 2016]

#RunForHappiness
#MayRun
#justkeeprunning

Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Hatyai International Marathon 2016... first outside running event yang saya join. Okaylah tu kan... asyik lari kat tempat sendiri jer, nak juga merasa run kat tempat orang. Yang penting ada gak medal dari luar. Hihi~


Event ni sudah tentulah ada Full Marathon, Half Marathon, Mini Marathon dan Fun Run. Macam biasa saya join Mini Marathon 10.5km saja. Semangat nak lari sebab baju dia cantik. Pelepasan untuk 10.5km pada pukul 7am. Cuaca memang sempoi habis... tak panas dan tak sejuk. Memang nice...



Tapi route dia biasa-biasa saja. Tak ada yang menarik sangat pun. Sepanjang jalan tak ada yang menarik untuk snap photo, memang tak stop pun. So kita lari sajalah sampai finish line. Habis lari baru bergambar kenangan dengan geng-geng runner. Best dapat jumpa geng-geng runner dan dapat kenal runner baru...





Dan yang paling best pasal event ni sudah tentulah breakfast yang disediakan oleh pihak Hatyai International Marathon. Ada banyak gerai yang menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman. So boleh pilih yang mana rasa nak try... coffee dia memang best. Siap ulang 2-3 kali...




Lepas tu we alls ronda-ronda kat booth yang ada. Banyak booth yang jual pakaian sukan so kita pun shopping apa skit. Harga murah juga la tu yang beli. Dah habis shopping... ronda lagi minum kopi free lagi. Hihihi... dah cukup... Hari pun dah panas... jom kita pi lunch.

Nak makan kat mana ek? Rasa cam nak repeat kat Salma Restaurant. Jom lah!

Adios!

Thursday, 13 October 2016

Day 1 Hatyai: Stadium Jiranakorn Hatyai

Teks: Masitah Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

#akubackpacker

[STADIUM JIRANAKORN]

Punya excited pi jalan-jalan cari makan, lupa lak nak cerita tujuan utama kami ke Hatyai. Alkisahnya, kami sebenarnya nak join Hatyai International Marathon yang akan diadakan di Stadium Jiranakorn. Ni kira first time la join event ni. Excited babe!!

So, sebelum bermulanya race kita pi collect race kit dulu :)




Dah collect race kit, jalan-jalan kat Stadium terjumpa la dengan Miss Full Marathon, Miss Thida. Cantik orangnya secantik namanya. Memang friendly sangat walaupun baru pertama kali jumpa. Memang hajat hati nak jumpa dia pun, tup tup dah ada depan mata. :)


Okay, dah settle semua. Tak sabar nak race esok ~ Hatyai International Marathon 2016.

Adios!