Monday, 25 October 2021

Lelaki Anugerah Terindah Pulang Ke Kampung Bertemu Ayah

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


17.10.2021

Jom balik kampung.

Alhamdulillah, kali pertama balik ke kampung setelah kerajaan memberi kebenaran untuk merentas negeri. Kali ini kepulangan yang amat istimewa. Pulang membawa bersama Antologi Lelaki Anugerah Terindah untuk diperkenalkan kepada ayah tersayang.

"Wah, gambar ayah pun ada. Hang cerita ni betul ka?" komen ayah sambil menyelak helaian demi helaian buku Antologi Lelaki Anugerah Terindah.

"Kalau nak cerita pasal ayah, 15 tahun pun tak habis," ayah menambah lagi. 

Amboi ayah, bacalah dulu....

Aik, dan-dan tu pula ayah terus baca. 

Tak, tak... Ayah kena posing dulu dengan buku ni. Satlagi baru baca.

Ayah pun ikut sahaja permintaan anak. Tapi dalam kita sibuk nak ambil gambar pun sempat lagi ayah baca halaman pertama karya As tu.

Ayah oh ayah.




Jumpa lagi.

Friday, 22 October 2021

Lelaki Yang Ditunggu-tunggu Sudah Sampai!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


15.10.2021
6.30pm

Pulang dari kerja...
Sebaik sahaja kaki kananku melangkah masuk ke rumah, mata terus terpaku ke arah satu bungkusan hitam yang telah sedia menungguku di muka pintu. 


Bibir terus mengorak senyuman.

Memang dari pagi lagi sudah kecoh di grup wassap adik-beradik Legasi Abah ( 8 ) berkongsi khabar gembira bahawa buku yang ditunggu-tunggu dah sampai. Jadi bila tengok saja bungkusan hitam tu memang dah tahu barang apa.

Tak tunggu lama dah, laju saja tangan tu buka bungkusan. Tak sabar dah kan nak peluk buku Lelaki Anugerah Terindah. Tak sabar juga nak menikmati bau buku-buku baru. 

Bila dah dapat pegang buku tu memang rasa sebak sangat la. Apa taknya, hampir 9 bulan juga menanti lahirnya buku antologi kedua As ini.

Alhamdulillah....

Tahniah buat Mak Sri Diah, Ustazah Norhafhizah, penulis tamu kami, Ustazah Muzayyanah dan 32 adik-beradik tim LA 8. Cantik sangat buku kita kan. Masa semak galei pun hati dah terpaut apatah lagi bila dah dapat pegang dan peluk buku ni, memang tak boleh lepas la.



Kebetulan esoknya hujung minggu. Terus rancang nak balik kampung tunjuk buku kat ayah.

Kawan-kawan yang dah tempah dan kembar-kembarku mohon sabar sekejap ya. Bagi masa As bermesra dulu dengan buku-buku ni.

Seminggu jer, cukup seminggu As akan mulakan proses packaging dan pengeposan ya.

InsyaAllah, semoga Allah swt permudahkan segalanya. Amin.

Ohya, masih ada buku yang belum berpunya. Nak pinang mai la wasap cepat. :)

Jumpa lagi.

Thursday, 21 October 2021

Antologi Lelaki Anugerah Terindah Sudah Terbit

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



SUDAH TERBIT!

ANTOLOGI LEGASI ABAH (8)

Tajuk: Lelaki Anugerah Terindah
Penerbit: Writers Write Services
Cetakan Pertama: Oktober 2021
Jumlah Mukasurat: 220
Harga: RM30 (tidak termasuk pos)

Saya kongsikan kata-kata daripada Puan Sri Diah, Editor pengurusan Antologi Legasi Abah.

"Tipulah kalau saya tak tersentuh hati dengan kisah lelaki anugerah Allah ini. 
Dialah imam, dialah arjuna hati. 
Abah yang hidupnya memikirkan kerja kerja kerja, berpanas, berhujan demi keluarga. 
Abah yang pertahankan anak-anak, lencun bajunya mengayuh basikal mahu semua zuriatnya berjaya dunia akhirat. 
Ada abah yang pergi dulu ketika anak-anak masih kecil. 
Ada abah yang tak sempat dibalas jasanya. 
Paling terharu ada abah yang dijemput pergi ketika naskhah ini sedang disiapkan, saya membaca tulisan itu dengan rasa sebak. 

Tahniah kepada semua 400++ karyawan #UniKH yang bijak, mengambil langkah segera, mendokumenkan kisah abah ini untuk tatapan legasi akan datang."

~ Sumber: Facebook Sri Diah Shaharuddin

"Setiap titisan keringatnya tidak pernah kenal erti lelah dan putus asa. 
Segala keperitan dan kepayahan ditelan dengan penuh kesabaran dan tawakal.
Doa yang berterusan demi melihat kejayaan seorang anak.
Sebuah buku yang sangat bermanfaat dan mampu membentuk jati diri seorang lelaki."

~ As Samsudin

Boleh dapatkan buku ini melalui pautan di bawah.

Jumpa lagi.

Tuesday, 12 October 2021

Buku Antologi Legasi Abah VS Rentas Negeri

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


11.10.2021.

Walaupun pada tarikh ini kita telah mendapat kebenaran untuk merentas negeri namun saya tidak ada plan untuk ke mana-mana.

Kenapa?

Sebab bila-bila masa sahaja 'abang jnt' akan call. Tak hari ini, esok... tak esok, lusa... Jadi tak boleh ke mana-mana.

Semestinya nak merentas negeri itu penting, tetapi yang ini lagi penting.

Yang itu boleh tunggu, tetapi yang ini tak boleh tunggu dah.

Amboi...

Sejak bila pula ternanti-nanti panggilan 'abang jnt' ni?

Sejak tahu buku-buku Lelaki Anugerah Terindah ada dalam tangan mereka.

Cepatlah 'abang jnt'. Tak sabar dah ni nak bertemu muka.

Nota:
Masih ada naskhah buku yang belum bertuan. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh hubungi saya.

Jumpa lagi.

Wednesday, 29 September 2021

Buku Antologi Legasi Abah Dah Masuk Kilang Cetak!

Teks: As Samsudin
Foto: UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


MasyaAllah... Tabarakallah...

Alhamdulilah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Teruja sungguh bila mendapat khabar gembira bahawa kesemua buku Antologi Legasi Abah sudah berada di kilang cetak. Berita yang amat-amat menggembirakan buat seramai 360 pengkarya yang terlibat dalam 12 buah buku antologi ini.

Tambah gembira apabila melihat kaver terkini buku Antologi Legasi Abah yang amat cantik, memang boleh menambat hati semua orang untuk memilikinya.

Apa taknya, ada gambar penulis tamu di sudut kiri buku masing-masing.

Sekali pandang terus jatuh cinta!

Tahniah kepada semua pengkarya Legasi Abah terutamanya tim Legasi Abah ( 8 ) dan tahniah buat mak Sri Diah Shaharuddin dan ketua kami, Ustazah Norhafhizah Suliman di atas segala usaha dan penat lelah dalam penghasilan buku-buku ini.

Kawan-kawan yang telah menempah buku Lelaki Anugerah Terindah boleh tersenyum lebar sekarang. Tak lama lagi dah boleh peluk buku ini.

Kawan-kawan yang belum tempah tu, mai la tempah dengan As. Ada cenderahati istimewa As nak bagi tau.

Boleh tempah kat sini ya.


Terima kasih daun keladi.

Jumpa lagi.

Tuesday, 14 September 2021

Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Klik banner kalau nak join ya :)

Jom geng kita support Giveaway ni. As kalau bab-bab buku ni memang tertarik sangat. Manalah tahu ada rezeki kan...

Giveaway ini berlangsung sehingga 10.10.2021.

So As nak kongsikan dua buah buku terbaik yang pernah As baca. As ni peminat novel-novel thriller, Jadi As nak kongsikan buku-buku thriller la.

Novel Projek 238 - B H Amir

Projek 238 menjalinkan unsur cinta, penipuan, keberanian, kecekalan, kecekapan dan kekecewaan. Ia bertolak daripada sepucuk surat layang penuh misteri kepada Perdana Menteri dan kemudian menggegarkan Bukit Aman. Izzat, ejen perisik yang amat berdedikasi mempertaruhkan nyawa untuk mencantumkan segala serpihan maklumat demi cintanya pada negara, agama dan bangsa.

Uranium 238 itulah puncanya. Tapi apakah projek yang dirancangkan? Siapakah yang terlibat dan mendalangi projek ini? Bagaimana Izzat menghadapi ancaman maut dengan melangkaui lautan dan benua?

" Pertemuan kita ini adalah bagaikan ombak yang memukul pantai. Sekali dia mencecah kaki kita, ia akan beredar dan tidak akan kembali lagi. Semestinya ombak lain pula yang datang. "

(TPP IZZAT, PDRM)

Igauan Maut - Ramlee Awang Murshid

Sebuah novel saspens yang memaparkan kisah dendam akibat daripada tragedi ngeri yang berlaku pada September 1963.

Dendam yang terpateri di hati dan beraja pada sepasang mata beracun, menuntut harga setitik darah dibayar dengan selaut darah dan nyawa yang hilang pinta dikembalikan, demi menebus maruah dan mencari keadilan dunia. Tiada lagi erti kemanusiaan dan kasih sayang yang baru tumbuh dibunuh. segalanya kecundang dalam memerangi badai emosi yang mengganas.

" Peristiwa hari ini bermula daripada peristiwa masa lampau dan ianya akan berlanjutan sehingga kita dijemput Tuhan. "
(Igauan Maut - RAM)

Kedua-dua novel ini memang karya yang amat hebat dan terbaik. Jika anda peminat novel-novel thriller, anda harus membaca novel ini.

Boleh dapatkan di shopee ya.

Jumpa lagi.

[2016] #15 Nasom Alor Setar Charity Run

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Nasom Alor Setar Charity Run
05 November 2016
Darul Aman Park, Jitra Kedah
7KM 8th Placing

Run For Autism!

Larian ini amat istimewa kerana ia adalah charity event untuk anak-anak autism. Dan yang bestnya juga, medal hanya disediakan untuk pelari yang memenangi tempat pertama hingga ke 15 bagi setiap kategori.

Nak medal kan? So, kena lari laju-laju la...

Best lari kat sini dan mengelilingi tasik Darul Aman tu...

Dan alhamdulillah, berjaya juga dapat no 8 kategori wanita. Dapatlah medal kecil comel tu sebagai kenangan untuk pertama kali podium. Hehehe...

Selain itu, ada banyak juga aktiviti yang diadakan di sini. Saya lepak sambil tengok kawan-kawan buat aktiviti.

Dan di sinilah pertemuan pertama Aku Dan Kamu. Pertemuan yang amat dekat di hati.


Nak baca lagi kisah larian saya? Boleh klik pautan di bawah.


Jumpa lagi.