Wednesday 3 February 2021

BKH Legasi Abah - Tugasan 5

Teks: As Samsudin
Foto: UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tugasan 5

12 Tim Antologi BKH Legasi Abah

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah SWT yang memberikan ilham untuk menyiapkan tugasan BKH Legasi Abah.

Setelah selesai serahan manuskrip buku Antologi BKH Legasi Abah, perasaan gembira tu memang tidak terkata. Benarlah kata orang, dugaan untuk menulis bukan sedikit dugaan. Memang menguji mental dan fizikal.

Tambahan pula kita menulis tentang kisah hidup. Jadi sedikit sebanyak kita akan terganggu dengan emosi semasa penghasilan karya. Kena pandai kawal emosi kan. Walaupun banyak air mata yang keluar namun, mengalah tidak sama sekali.

Begitulah kisahnya demi sebuah buku Antologi BKH Legasi Abah. Projek yang amat istimewa ini sudah semestinya di bawah Rektor Puan Sri Diah Shaharuddin bersama Ketua Penyelaras Puan Nurul Asyikin Ngadiso. Barisan Tenaga Pengajar pula bukan calang-calang orangnya. Semuanya hebat dalam bidang masing-masing.

Tak kurang juga Ketua Kelas yang amat berdedikasi dalam menguruskan perjalanan anak-anak tim sehingga semuanya berjaya menyiapkan manuskrip mengikut masa yang diberikan. Saling sokong-menyokong antara tim juga amat utuh sekali. Tahniah!

Apa yang paling istimewanya di sini, ada 𝟏𝟐 𝐓𝐢𝐦 𝐀𝐧𝐭𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐁𝐊𝐇 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐀𝐛𝐚𝐡 iaitu LA1 hingga LA12. Bermakna akan ada 12 buah buku Antologi BKH Legasi Abah yang akan terbit serentak pada bulan April 2021 nanti.

Teruja tak?

Mesti teruja kan! Cuba bayangkan 12 buah buku Legasi Abah tersusun indah di rak buku kita. 12 buah buku yang melibatkan hampir 400 karyawan, memang sangat hebat penangan itu kan.

BKH Legasi Abah bukan buku biasa-biasa tau. Ia penuh dengan kisah penulis bersama hero pertama di hati kita iaitu seorang lelaki yang kita panggil abah, ayah, walid, pak, papa, daddy atau apa saja panggilan untuk mereka.

Dan semestinya kisah yang dipaparkan merupakan kisah yang penuh suka-duka, pahit-manis dan penuh dengan kisah tauladan. Pastinya kisah-kisah ini akan mengundang air mata pembaca.

Tak percaya?

Jom kita nantikan April ini dan setkan untuk memiliki semua karya dalam 𝐓𝐢𝐦 𝐀𝐧𝐭𝐨𝐥𝐨𝐠𝐢 𝐁𝐊𝐇 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐬𝐢 𝐀𝐛𝐚𝐡.

Nantikan!

As Samsudin
Legasi Abah 8

Jumpa lagi.

10 comments:

  1. kalau buku dihasilkan dengan air mata menarik..

    ada sentuhan emosi di situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga buku yang bakal terbit nanti dapat menjentik hati pembaca. InsyaAllah...

      Delete
  2. Good luck As! Mesti menarik antologi ni sebab kisah peribadi. Mau ramai yang sebak bila baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Memang harapan kami agar karya ini dapat menjentik hati para pembaca... Ditulis pun dengan penuh air mata kan...

      Delete
  3. Setuju sangat. Sebab kalau tulis pasal mak ayah ni memang akan berjurai air mata. Faham sangat perasaan tu. InsyaAllah Eza akan contact As masa gaji nanti nak beli buku pertama As tu. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kenangan masa kecil kan kalau teringat pun boleh mengalir air mata. Tak kira pahit atau manis, semuanya menyentuh hati.

      Terima kasih Eza, insyaAllah As simpan satu untuk Eza...

      Delete
  4. Masa baca di fb pasal legasi abah ni mmg agak emosi kan? bestnya dpt berguru dgn bonda Sri Diah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semestinya kan. Kita menulis tentang hero pertama kita...
      Alhamdulillah, rezeki dapat berguru dengan beliau...

      Delete