Monday 8 February 2021

BKH Legasi Abah - Tugasan 6

Teks: As Samsudin
Foto: UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tugasan 6

Penjenamaan Diri Sebagai Saudagar Perkataan.

Apabila Mak Sri Diah Shaharuddin mengemaskini posting untuk tugasan 6 dan mengumumkan bahawa malam ini (7 Februari 2021) ada kuliah bersama Dato' Roslan Ab Hamid, hati terus rasa berdebar-debar. 

Siapa tak kenal Dato' Roslan kan?! 

Beliau merupakan seorang Public Speaking Guru Nusantara yang memang terkenal di seluruh Malaysia juga di Indonesia. Bukan mudah dan murah kalau nak ikuti satu-satu kelas beliau. Namun alangkah bertuahnya saya dan semua rakan siswa siswi Universiti Inspirasi Kisah Hidup (UniKH) yang berpeluang menimba ilmu dengan beliau secara percuma. Ya, percuma tau.

Memang terbaiklah usaha Mak Sri dan Tim UniKH. Terima kasih banyak-banyak.

Segar sungguh rasanya bila dapat menghadiri kuliah Dato'. Kuliah selama 45 minit ini amat padat dan sendat. Terlalu banyak perkara-perkara baru dan ilmu yang amat berguna untuk saya sebagai penulis pemula. Setiap butir kata yang dilontarkan memang tepat dan melekat.  Semuanya amat bermakna. Sampaikan tak sempat nak kelip mata.

Tak sempat nak berfun time juga.

Sendat dengan ilmu.

Alhamdulillah, rasa bersemangat lagi nak menggali ilmu bersama Dato'. Banyak lagi yang harus dipelajari terutamanya tentang aspek penjenamaan diri melalui media sosial. 

InsyaAllah, ada rezeki Dato' akan kembali memberikan kuliahnya di UniKH.

Jumpa lagi.

4 comments: