Thursday 4 February 2021

Buku Pertama Saya!

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Dalam kesibukan dengan kuliah di UniKH dan tugasan untuk buku Antologi BKH Legasi Abah, ramai rakan dan sahabat penulis yang bertanyakan tentang buku antologi pertama saya. 

Memandangkan saya dengan penuh rasa teruja kerap kali menyatakan bahawa Legasi Abah adalah projek untuk buku antologi kedua maka, ramailah yang nak tahu tentang buku pertama kan.  

Buku pertama saya melalui projek BKH Kembar 10 merupakan sebuah buku antologi yang bertajuk Sejadah Dihamparkan Zikir Kita Lagukan. Ia telah dilancarkan pada April 2019 yang lalu sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur. 

Buku ini juga semestinya di bawah penulis tersohor negara iaitu Puan Sri Diah Shaharuddin. Seramai 15 orang penulis terlibat dengan 15 karya yang bertemakan Peluang Kedua

Inilah karya pertama saya!


Buku ini tidak dijual di mana-mana kedai buku ya. Kena beli terus daripada penulis. Masih ada beberapa naskhah lagi di tangan saya. Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya ya. (0184044132).

Jumpa lagi.

22 comments:

  1. Tahniah As! Semoga lebih banyak lagi karya penulisan selepas ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Eza. InsyaAllah buku antologi kedua akan terbit April nanti...

      Delete
  2. Suka quote no men no problem tu. Haha. Yang penting Tuhan ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, hehehe... Bergantung pada seseorang kan, sebab tu saya letak tanda soal di situ....

      Delete
  3. tahniah kerana buku sendiri sudah diterbitkan! keep it up!

    ReplyDelete
  4. Tahniah...teruskan berkarya sambil mnyebar ilmu..cikguzim berkunjung ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikguzim. InsyaAllah akan terus menulis dan menulis. Terima kasih juga sudi singgah sini.

      Delete
  5. Tahniah As... aktifnya menulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Masih kategori penulis pemula kakmim...

      Delete
  6. Alhamdulillah As. Terima kasih. Naskhah telah diterima dan saya dah habis baca dalam masa dua hari.

    Semua karya dalam buku ni menjentik rasa. Semua ada ibrah sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih juga buat Aina. Buku Aina juga As dah terima awal. Belum sempat baca lagi. InsyaAllah akan curi-curi masa juga untuk membaca.

      Delete
  7. Salam puan, ada Facebook? ☺️

    ReplyDelete