Sunday 14 February 2021

International Book Giving Day - Tugasan 9

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi
Video: UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Tugasan 9

14 Februari 2021
International Book Giving Day

Tahukah anda?

Hari ini, 14 Februari diisytihar sebagai International Book Giving Day oleh pihak UNESCO sejak tahun 2012. Sebanyak 44 buah negara telah turut serta dalam menyambut acara ini.

Kami di Universiti Kisah Hidup (UniKH) juga menyambutnya dan acara ini akan dijadikan acara tahunan dalam kalendar UniKH.

Mesti seronok kan kalau kita dapat bertukar-tukar buku. Apatah lagi jika kita mendapat buku yang telah lama kita idamkan. Ataupun buku yang baru pertama kali kita melihatnya atau mengetahui tentang kewujudannya.

bagaimana pula kalau kita dapat buku yang sudah lama kita cari tapi malangnya sudah tiada di pasaran? Lagi teruja kan.



Saya ada beberapa buah buku untuk ditukar termasuk buku antologi pertama saya yang bertemakan Peluang Kedua. Jom, apa kata kita ambil peluang ini untuk bertukar-tukar buku dengan saya. Ada yang sudi tak?

Kalau ada yang sudi boleh hubungi saya ya.

Nota:
Saya belum berkesempatan untuk meminang sahabat UniKH. Harap-harap ada yang sudi terima pinangan yang terlewat ini ya. :)

Jumpa lagi.


8 comments:

  1. Menarik juga aktiviti macam ni. Tapi ada juga buku yang saya sangat sayang. Jangan kata nak bagi, nak pinjam pun tak boleh. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, best kan. Saya dapat tukar 3 buah buku tahun ni. Jadi lah kan. :)
      Saya pun sama, ada buku yang memang saya sayang sangat. Ada orang minta beli pun saya tak mahu.

      Delete
  2. wahhh seronok bertukar2 buku...hehe

    ReplyDelete
  3. wahhh best nya dapat tukar2 buku cmni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya best kan, alhamdulillah tahun ni dapat tukar 3 buah buku... Jadilah kan...

      Delete