Friday 16 July 2021

[2016] #7 MGBC Power Eco Run

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

MGBC Power Eco Run
24 Julai 2016
Sunway Carnival Seberang Jaya Penang
5KM Fun Run

Saja nak throwback event-event larian. Dah hampir dua tahun tak ada event, rindu la...

Event ni fun run saja. Macam biasa As dan Lina memang suka kumpul medal. Masa ni belum fikir lagi pasal nak trofi atau nak naik podium. Lari suka-suka saja. Jarak larian 5km tapi tak sampai 5km pun. Biasa la tu kan, kita berfun-fun saja. Sebelum larian ada zumba, selepas larian pun ada zumba juga.


Yang bestnya ada cabutan bertuah yang menawarkan hadiah yang amat menarik. Dan memang bertuah sangat As hari tu.Dapat hadiah power bank Pineng. Boleh tahan bagus juga power bank tu. Tahan lama juga.


Banyak juga booth dibuka untuk pameran. As dan Lina singgah semua booth. Sempat juga la mencuba skil mewarna batik. Cantik juga ya bila dah siap. Haha.. puji diri sendiri.




Selesai semuanya kita singgah makan kat Sam Groceria dulu.


Nak baca lagi kisah larian saya? Boleh klik pautan di bawah.


Jumpa lagi.

8 comments:

  1. Tak sempat nak join larian2 ni semua untuk kumpul medal dah PKP dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, ingatkan sekejap saja PKP ni... tup-tup dah nak dekat 2 tahun dah... Tak tau la bila boleh start balik event semua..

      Delete
  2. Saya pun rindu event macam ni. Saya suka jogging, tapi sejak dah takde kawan utk aktiviti begini, saya berhenti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apa, nanti dah boleh buat event kita mula balik aktiviti ni...

      Delete
  3. Best masuk run ni boleh collect macam2. Medal comel memang akan join

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul tu, dulu-dulu memang pulun collect medal... kalau medal cantik lagi la suka...

      Delete
  4. Saya suka jogging tapi tak pernah join event. Menyesal pulak. Haha. Sekarang pkp, apa pun tak boleh dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada rezeki nanti kita pakat2 join ya :)

      Delete