Tuesday 20 July 2021

Drama Adaptasi Novel Suara Hati Karya Anis Ayuni

Teks: As Samsudin
Foto: Drama Suara Hati

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Drama Suara Hati merupakan drama adaptasi novel yang berjudul Suara Hati karya Anis Ayuni. Anis Ayuni ni salah seorang novelis terkenal yang amat As minati. Dah banyak kali berjumpa dan berbual mesra bersama kak Anis. Banyak gambar-gambar kami berdua.

Tahniah buat kak Anis Ayuni di atas kejayaan ini. Drama ini terbitan Global Station Sdn Bhd dan di bawah arahan Emy Suffian. Ia akan mula bersiaran pada 19 Julai 2021 di slot Tiara Astro Prima pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6pm.


Drama: Suara Hati
Arahan: Emy Suffian
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Jumlah episod: 13
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat 6pm
Slot Tiara Astro Prima

PARA PELAKON

Hanna Aqeela - Hani
Syafiq Kyle - Haris
Aidil Aziz - Naim
Zera Hariz - Suraya
Afzan A Rahman - Amir
Qistina Khaled - Sarah
Syaier Syafien - Ramzi
Liza Rafar - Sha
Fazlina Ahmad Daud - Khaty
Shah Rezza - Jo

SINOPSIS SUARA HATI

Drama ini mengisahkan tentang Hani, seorang pelajar universiti bercinta dengan Haris yang juga aktif dalam aktiviti sukan. Tetapi kemudiannya Haris senyapkan diri tanpa khabar berita.

Ibu bapanya kemudian memperkenalkan Hani dengan Naim, seorang pensyarah di universitinya. Haris muncul semula namun sudah terlewat apabila Hani disatukan dengan Naim.

Perkahwinan Hani dan Naim bahagia namun kebahagiaan mereka tidak panjang apabila Naim meninggal dunia semasa Hani mengandungkan anak kedua mereka. 

Hani bertemu semula dengan Haris yang ingin kembali dalam hidupnya semula.

Semoga drama ini akan memberikan kejayaan yang besar buat kak Anis dan semakin berjaya di masa hadapan.

Sama-sama kita tonton ya.

Jumpa lagi.



8 comments:

  1. wow syafiq kyle rupanya. kurus giler...

    tak ingat dah jalan cerita ni. drama pun entah bila tah last layan...mood kelaut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe hensem pulak dia dalam cita ni...

      kak As pun sekali sekala saja layan drama, ini pun sebab tahu pasal drama ni. Tu yang tengok juga..

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih Fairus... ada masa boleh la tonton..

      Delete
  3. dah baca npvel ni beberapa kali. memang minat dengan tulisan Anis Ayuni

    ReplyDelete
    Replies
    1. As belum baca lagi novel ni, nanti ada masa baru nak baca...

      Delete
  4. macam best je novel ni... rasa macam pernah baca karya anis ayuni tapi x berapa ingt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel ni As belum baca... huhuhuhu...

      Tapi karya-karya Anis Ayuni memang banyak yang best seller kan...

      Delete