Monday 5 July 2021

Menang Hadiah Tempat Pertama

Teks: As Samsudin
Foto: Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Alhamdulillah, kalau dah tertulis rezeki saya memang tak ke mana kan.

As menang hadiah tempat pertama pertandingan selfie bersama bapa dan ucapan kreatif bersempena Sambutan Hari Bapa 2021 anjuran Perbadanan Perpustakaan Negeri Kedah. Alhamdulillah, ada wang tunai dan sijil penyertaan.

Gambar selfie As bersama ayah semasa sambutan harijadi ayah. Selfie dengan kek ais krim yang as tempah khas untuk kami berdua. Hehe...

Inilah ucapan kreatif yang As cipta khusus untuk pertandingan ini.

Ayah,
Kau tak pernah lelah,
berpanas, berhujan, semua kau redah.
Tika aku jatuh, kau hulurkan tangan,
tika aku berduka, kau pinjamkan senyuman.

Selamat Hari Bapa, Ayah...
Kaulah Lelaki Anugerah Terindah!

As Samsudin
20 Jun 2021

Alhamdulillah, rezeki ayah As juga ni. Terima kasih Perbadananan Perpustakaan Awam Kedah kerana menganjurkan pertandingan sebegini. Semoga terus maju jaya dan terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Jumpa lagi.

8 comments:

  1. Tahniahhhhh As! Rezeki tak pernah salah alamat kannn :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... hehehe... terima kasih Tiqah. Alhamdulillah...

      Delete
  2. Tahniah atas kemenangan..Gambar tu memang nampak menarik. Tahniah!

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. tahniah sis :)

    https://www.tiarasaphire.com/2021/07/10-drama-korea-tvn-terbaik-yang-boleh.html

    ReplyDelete
  4. wahhh tahniah dapat tempat pertama pulak tu. Memang rezeki terpijak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, memang rezeki sungguh...
      Terima kasih Farhana!

      Delete