Thursday 22 July 2021

Penulis Tamu Legasi Abah 8 Bukan Lagi Rahsia

Teks: As Samsudin
Foto: UniKH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Pagi kelmarin kami dari tim Legasi Abah 8 menerima kejutan yang amat manis daripada ketua kami iaitu Ustazah Norhafhizah Suliman. Alhamdulillah, galei kedua buku antologi Lelaki Anugerah Terindah sudah pun diterima untuk semakan. 

Bila sudah terima semakan galei kedua bermaksud semakin dekatlah dengan penerbitan buku antologi  ini. Seronoknya!

Ada lagi berita yang amat menyeronokkan. Nak tahu apa?

Ya, rahsia siapakah penulis tamu untuk tim LA 8 kini bukan lagi rahsia. Semuanya sudah terjawab.

Ustazah Muzayyanah Abdullah.

Siapakah dia?

Beliau adalah seorang pendakwah wanita yang tidak asing lagi di bumi Malaysia hatta telah sampai ke peringkat antarabangsa. 

Beliau juga merupakan pengasas Darul Fawwaz iaitu sebuah organisasi yang ditubuhkan sebagai pusat pengajian Islam untuk semua.

Beruntungnya kami kerana dapat berkenalan dengan seorang penulis hebat dan membaca kisah hidupnya.

Di dalam antologi ini, beliau menulis kisah yang bertajuk Kerana Keringat Bapak.


Nak baca kisah beliau dan penulis-penulis yang lain? Jom tempah buku ini sekarang. Klik saja pautan di bawah.



8 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah, semua 35 kisah dalam Legasi Abah 8 akan membawa kita mengimbau kembali nostalgia bersama lelaki yang bergelar bapa.

      Terima kasih ya azian kerana berminat dengan buku ni. InsyaAllah akan terbit dalam tahun ini juga.

      Delete
  2. Seronok kalau dapat berkolaborasi menulis seperti ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jemput lah join projek penulisan akan datang. Boleh daftar kat link di bawah.

      https://unikh2021.kiah.store/e-commerce/product/25577

      Delete
  3. semoga dipermudahkan urusan penerbitan Legasi Abah 8

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Salbiah. Mudah-mudahan...amin...

      Delete
  4. wahhh best nya dpt colab dgn penulis ternamaπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete