Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Cabaran Menulis 30 Hari (Januari)
Hari 3 - Jalan
"Abang, belok kiri!" Aku sedikit terjerit apabila tersedar bahawa Ameer memandu laju terus ke hadapan.
Ameer membesarkan matanya. Dia kelihatan marah. Pantang baginya kalau aku memberi arahan di saat-saat akhir. Bahaya katanya.
Aku hanya memandang ke hadapan, pura-pura tidak memahami isyarat matanya itu. Memang salah aku pun, selalu silap tengok jalan. Walaupun guna aplikasi Waze, aku masih gagal membacanya dengan betul.
Nota: Ada ke yang sama macam saya tak pandai tengok Waze?
Jumpa lagi.
Kalau ammi biasanya, ammi carikan dulu mapnya sambil si suami teruskan pemanduan pastu ammi serahkan je kat dia phone tu...dia ikut arahan suara waze tu je takyah pandang2 pun
ReplyDeleteSuami As pula memang terror bab-bab map ni. Dia memang tak suka As pegang telefon, selalu silap. Dia lebih suka tengok sendiri....
Deletesaya dah boleh dah sikit2 hehe
ReplyDeleteAs bukan tak reti cuma kalau kat simpang tu kena tunggu sampai dekat-dekat baru tau nak masuk simpang mana satu. Hehe...
Deletesaya boleh tgk map sendiri. tapi tak boleh orang bgitau atau bgtau orang. hahhaa kalau tak pon jadi mcm tu, dah dekat simpang baru perasan dan boleh tertukar kanan kiri nnti
ReplyDeleteMacam-macam kan, hehehe. As kalau ada banyak lorong lagi bermasalah. Tak faham kena ikut lorong mana satu. Suami selalu kondem. Haha
Delete