Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kaver muka satu Antologi Jodoh Cinta |
Sabtu lepas, saya dan suami dalam perjalanan ke majlis perkahwinan sahabat alumni SMK Mutiara Impian.
"Eh, galei pdf buku Jodoh Cinta dah siap," Aku baru tersedar ada mesej di Telegram. "Wah, cantiknya kaver! Tema oren hijau!"
Yeay, nampaknya tak lama lagi terbitlah buah tangan terbaru saya. Kena cepat-cepat semak, lagi cepat semak lagi cepatlah boleh masuk proses cetakan.
"Dah banyak kali abang minta nak baca, sampai sekarang tak dapat-dapat," suamiku tiba-tiba bersuara. "Bacalah, abang nak dengar."
"Eh, mana boleh. Nantilah tunggu buku dah siap cetak, abang bacalah sendiri." Aku masih mahu berahsia.
Dalam hati tiba-tiba terdetik nak bergambar berdua dengan suami di pelamin bersama kaver page buku Jodoh Cinta. Tapi sayang, tak kesampaian nak tumpang pelamin orang.
Tak apalah, nanti kita cari pelamin lain.
Terima kasih Mak Sri Diah, Admin Jodoh Cinta, Norezlin dan barisan admin Uniknya Inspirasi Kisah Hidup (UniKH).
Alhamdulillah. Syukur pada-Mu Ya Allah atas nikmat yang sangat membahagiakan ini.
Pra-tempahan dibuka sekarang ya. Boleh klik pautan di bawah.
Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment