Wednesday, 24 March 2021

Hobi Mengumpul Buku 'Rare'

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Ha, inilah dia koleksi 15 buah buku rare saya tu. Entri semalam tu tak sempat nak snap gambar. Jadi hari ni saya nak post juga la. Memang hobi saya suka mengumpul buku-buku macam ni. Boleh baca entri tentang buku-buku ni DI SINI ya.

Buku-buku ni ada yang beli terus daripada penulis, siap dengan tandatangan penulis sekali. Ada juga yang saya beli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Dan tak kurang juga yang saya beli online di Karangkraf Mall.

Paling istimewa di sini, ada dua buah novel Indonesia iaitu Habibie & Ainun dan Cinta Suci Zahrana. Novel-novel ini saya beli di kedai buku Gramedia di Medan Mall. Kebetulan pergi bercuti ke Medan Indonesia, saya sempat singgah kedai buku kat sana.

Memang tabiat saya kalau ke mana-mana mesti nak singgah kedai buku. Kat Kulim pun sama, kalau ke Kulim Central tak sah kalau tak singgah kedai buku Hasani. Kadang-kadang tak beli buku pun, tapi saja suka-suka terapi mata. Hehe...

Okeylah, tiba-tiba pula rasa nak terjah kedai buku Hasani tu. Ada yang nak rekomen buku yang best ke?

Jumpa lagi.

10 comments:

  1. Dah lama tak pergi kedai buku. Last haritu beli novel tapi thru shopee je hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli kat shopee jer senang kan... tapi tu la, kadang-kadang tak tahu nak beli buku apa..

      Delete
  2. wahh... bagus ni... membaca jambatan ilmu! hahaha
    tapi k ret dah tua2 ni dah kureng nk membaca buku...
    novel pun kena tgk jalan cerita :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...sama la As pun. Dah kurang membaca, tak macam dulu....

      Delete
  3. Minat membeli buku ni tercetus semasa belajar di UM. Selalu ke Pekanbuku utk beli paper, mag dan buku. Sampai skrg pun selalu singgah di kedai buku. Dah tabiat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kan abam kie, dah jadi tabiat....

      Delete
  4. Saya pun suka masuk kedai buku walau takat untuk cuci mata je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... tu la kan... Rasa tak lengkap kalau tak masuk...

      Delete
  5. Habibie dan Ainun, tgk movie dia best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohyeke, As tak pernah tengok movie dia lagi...

      Delete