Friday 11 June 2021

Berakhirlah Syawal 1442H

Teks: As Samsudin
Foto: Koleksi Peribadi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kenangan Syawal ke-2

Baju raya baby blue hadiah daripada mama mertua..
Terima kasih Mama 

Hari ini berakhirlah Syawal 1442H. InsyaAllah jika dipanjangkan umur kita akan bertemu lagi Syawal seterusnya. Sebagaimana kita merindukan bulan Ramadan, begitu juga kita akan merindui kemeriahan bulan Syawal. Betul tak?

Selalunya, bila terasa rindu suasana raya As akan mula teringin makan macam-macam juadah raya. Biasanya rendang dan ketupat la. Kalau dah teringin tu, terasa-rasa kat mulut. 

Macam minggu lepas, tiba-tiba sahaja teringin makan ketupat bersama rendang. Awal-awal pagi sudah telefon nenek minta resipi Rendang Cili Padi. Pertama kali cuba resipi nenek ni. Selalu nenek yang masak, saya pandai makan saja.

Tapi kali ini, cuba masak sendiri pula. Alhamdulillah, menjadi juga rendang ni. Sedap sampai menjilat jari. Eh, sendiri puji pulak.


Nanti di lain entri saya kongsikan resipi Rendang Cili Padi Nenek ni ya.

Jumpa lagi.

8 comments:

  1. Salam Syawal terakhir. sedihnya sehingga ke penghujung Syawal masih belum dapat melawat mak ayah di kmpung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, memang sedih kan. As pun sama tak dapat balik Langkawi lagi rumah mertua. Walaupun satu negeri tapi sebab pkp kan. Tapi alhamdulillah, ayah as tinggal berdekatan. Memang boleh berjumpa la...

      Delete
  2. Raya dh abis kan.. Tp br teringin nk makan lemang hehee.. Nasib la sempat beli semlm 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... sekarang ni juadah raya tak kira masa kan. Time tak raya pun kadang-kadang teringin juga...

      Delete
  3. semoga raya tahun depan kita dapat balik kemeriahannya.. aminnn :)

    ReplyDelete
  4. Woww sedapnyaaa rendang tuu 😋

    ReplyDelete