Friday, 22 January 2021

BKH Legasi Abah - Tugasan 1

Teks: As Samsudin
Foto: BKHLegasi_Abah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
TUGASAN 1

Persepsi Bila Melihat Abah.

Hari sudah beransur senja namun bayangan abah masih belum kelihatan. Kata emak, abah keluar berjumpa Pak Lang Bakar. Emak hanya membiarkan kami menunggu abah di muka pintu. Dia menuju ke dapur untuk menyediakan makan malam. Tepat jam 7.15 malam, kedengaran bunyi motosikal abah memasuki perkarangan rumah. Laju sahaja emak muncul dan menyuruh kami semua beredar masuk ke bilik.

Aku mengintai di sebalik pintu. Abah kelihatan memberitahu sesuatu kepada emak. Raut wajah abah nampak serius. Aku cuba untuk menangkap butir bicara abah dan emak, namun hampa. Emak kulihat hanya diam, sambil mengangguk-anggukkan kepala. Emak kembali menuju ke dapur. Abah menutup pintu dan menyendalnya dengan kayu.

#BKHLegasi_Abah
#UniKH
#AsSamsudin
#MisiMenulis2021

Jumpa lagi.

4 comments:

  1. Replies
    1. hehehehe... yang tulis ni pun saspens gak. Takut tak sampai ke hati pembaca... :)

      Delete
  2. Nak cerita pasal apa ni. Menariknya gaya ayat yang diolah. Serius Eza suka baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... sekarang ni biasakan diri dengan menulis jer dulu kisah apa pun tentang abah. Nanti baru susun... Tapi tu la, As kalau menulis, intro saja dah panjang berjela. Belum masuk idea utama lagi... haha

      Delete