Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tajuk: Sesi Ramah Mesra BKH Pulau Pinang
Tarikh: 23.01.2021
Tempat: Zoom Meeting
Kehadiran: Puan Sri Diah Shaharuddin, Puan Marwani. Dr
Sakinah, Puan Salmah, Cikgu Sarimah dan sahabat penulis BKH Pulau Pinang
Alhamdulillah, Sesi Ramah Mesra yang dirancang berjalan
dengan lancar. Gembira tak terkata bila dapat tengok wajah Mak Sri dan dapat
tengok mak berkata-kata. Walaupun hanya bertemu secara maya tapi terasa
bagaikan mak di depan mata.
Mak tetap ayu macam dulu. Suara mak yang gemersik merdu
membuat mata terpaku dan tanpa sedar mulut menyimpulkan senyuman tatkala
mendengar petah mak berbicara. Fokus, kena fokus dengan segala pesanan mak.
Hanya ada dua tujuan!
Kerana kita pernah hidup
Kerana kita akan mati
Jadi, nak menulis kena ada azam yang bersungguh-sungguh. Niat
di dalam hati dengan penuh tekad dan azam.
Perkongsian daripada Dr Sakinah, Puan Salmah dan Cikgu
Sarimah juga semakin membuka minda. Ya, dalam penulisan ni ada ciri-ciri
universal. Tulislah tentang apa saja mesti sedikit sebanyak ada unsur-unsur
seperti kasih sayang dan pengorbanan.
Teruslah membaca buku-buku kisah hidup. Ia bukan sahaja
memberi tauladan bahkan juga memberi idea untuk menulis kisah hidup sendiri.
Yang penting, jangan terus melakukan kesilapan dengan
membazir masa yang panjang. Tulis dan bukukan untuk orang lain baca. Ingat tu!
Nota:
Ada
yang bertanya dengan saya, BKH Pulau Pinang ni sama ke dengan BKH Legasi Abah?
Jawapannya, tidak ya. Ia adalah dua projek yang berbeza. Maksudnya, saya
terlibat dengan dua projek penulisan serentak pada tahun ni. Bunyinya macam dua
jer… tapi sakitnya sampai termimpi-mimpi tau.
Saya masih kabur tentang MS Method. Siapa boleh terangkan?
Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment