Foto: Koleksi Peribadi
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Debaran semakin kencang. Hari ini hari terakhir untuk serahan tugasan buku antologi BKH Legasi Abah yang bakal dilancarkan pada April 2021. Sejujurnya, saya masih belum dapat menyiapkan tugasan yang diberi. Masih bermimpi kata orang.
Pagi-pagi lagi dah teringat kat ayah. Terus hati terdetik nak balik jumpa ayah sekejap. Gaji dah masuk, kena tunaikan dulu kewajipan kepada ayah. Sampai kat rumah ayah, senyap sunyi sahaja. Ayah ada kat pekan rupanya. Patutlah telefon tak berjawab, ayah tengah bawa motor.
Saya keluar dari kawasan rumah terus ke pekan. Jumpa ayah kat sana. Tak sempat nak berbual lama. Tak sempat juga nak cerita kat ayah tentang Legasi Abah. Tak apalah, nanti bila buku dah siap boleh bagi kejutan kat ayah.
Harap-harap cerita yang ditulis kena dengan kenangan yang ada di dalam hati ayah.
Saya cuba yang terbaik!
InsyaAllah.
Jumpa lagi.
Harap dapat disiapkan ikut masa ditetapkan.
ReplyDeleteInsyaAllah, harap dapat buat yang terbaik. Terima kasih ya :)
DeleteSelamat menyiapkan tugasan. Berusaha!
ReplyDeleteTerima kasih Nur :)
Delete