Foto: BKHLegasi_Abah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
TUGASAN 2
Tentang Abah
Abah kelihatan penat. Muka abah berpeluh-peluh. Aku hanya
memerhatikan tingkah abah yang kalut menuju bilik mandi. Senja-senja begini kami
adik-beradik semua tak berani buat bising. Masing-masing sudah bersedia menunggu
abah untuk solat Maghrib berjemaah.
Sejadah sudah kuhamparkan buat abah. Ruang depan yang sempit itulah satu-satunya tempat yang ada untuk kami. Di situlah kami solat. Di situ jugalah tempat tidur kami. Cukup-cukup sahaja untuk kami lima beradik.
“Qamat cepat!” Aku terkejut dengan kehadiran abah. Adik lelakiku cepat-cepat bangun dan mengalunkan iqamat. Abah pantas sahaja mengambil tempat sebagai imam. Kami semua turut bangun membetulkan saf.
Usai solat, abah akan berwirid dan berzikir. Aku suka mendengar suara abah. Alunan wirid dan zikir abah sangat mengasyikkan. Surah-surah pendek yang abah baca sangat sedap bunyinya. Abah mengaminkan doa.
“Kita jadi pindah.” Suara abah memecah keheningan sebaik sahaja kami selesai bersalaman. Aku pandang wajah emak dan kakak-kakakku. Emak hanya diam membatu. Aku tahu emak berat untuk meninggalkan kampung halamannya. Dan abah juga tahu itu.
“Tempat tu elok. Esok abah bawa Itah dulu pi tengok rumah baru!”
#BKHLegasi_Abah
#UniKH
#AsSamsudin
#MisiMenulis2021
Jumpa lagi.
Cantiknya susun ayat As. Suka Eza baca.. Nak baca lagi sambungan.
ReplyDeleteTerima kasih Eza. Alhamdulillah, As pun masih belajar lagi...
DeleteAkak suka baca cerita macam ni...simple
ReplyDeleteTerima kasih kak SA... alhamdulillah..
Delete