Foto: Carian Google
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tugasan 4
Edit Tugasan 1, 2 dan 3
Hari sudah beransur senja. Ayah masih belum balik. Kata
emak, ayah keluar berjumpa Pak Lang Bakar. Kami menunggu ayah di muka pintu.
Tepat jam 7.15 malam, kedengaran bunyi motosikal ayah. Kami semua berlari masuk
ke bilik.
Aku mengintai di sebalik pintu. Ayah memberitahu emak
sesuatu. Raut wajah ayah nampak serius. Aku melihat emak hanya diam sambil mengangguk-anggukkan
kepala. Ayah menutup pintu dan menyendalnya dengan kayu.
****
Ayah kelihatan penat. Muka ayah berpeluh-peluh. Aku hanya
memerhatikan tingkah ayah yang kalut menuju bilik mandi. Senja-senja begini kami
adik-beradik semua tak berani buat bising. Masing-masing sudah bersedia menunggu
ayah untuk solat Maghrib berjemaah.
Sejadah sudah kuhamparkan buat ayah. Ruang depan yang sempit
itulah satu-satunya tempat yang ada untuk kami. Di situlah kami solat. Di situ
jugalah tempat tidur kami. Cukup-cukup sahaja untuk kami lima beradik.
“Qamat cepat!” Aku terkejut dengan kehadiran ayah. Adik
lelakiku cepat-cepat bangun dan mengalunkan iqamat. Ayah pantas sahaja
mengambil tempat sebagai imam. Kami semua turut bangun membetulkan saf.
Usai solat, ayah akan berwirid dan berzikir. Aku suka mendengar
suara ayah. Alunan wirid dan zikir ayah sangat mengasyikkan. Surah-surah pendek
yang ayah baca sangat sedap bunyinya. Ayah mengaminkan doa.
“Kita jadi pindah.” Suara ayah memecah keheningan sebaik
sahaja kami selesai bersalaman. Aku pandang wajah emak dan kakak-kakakku. Emak
hanya diam membatu. Aku tahu emak berat untuk meninggalkan kampung halamannya. Dan
ayah juga tahu itu.
“Tempat tu elok. Esok ayah bawa Itah dulu pi tengok rumah
baru!”
****
Hari ini cuti sekolah. Pagi-pagi lagi aku sudah bersiap memakai baju biru kegemaranku.
“Nak pi mana tu?” Emak menyoalku.
“Syhhh, jangan bagitau ayah.”
“Pi la, ayah pesan dah jangan keluar rumah.”
“Ayah tak marah la. Itah kan anak kesayangan ayah.” Aku sengih sambal berlari menuruni anak tangga.
Matahari sudah tegak di atas kepala. Aku masih leka bermain basikal dengan Imah.
“Eh, itu bukan ayah kau ke?”
“Alamak, ayah aku mai sini la.”
“Ayah nak pi mana tu?” Soalku sebaik sahaja ayah sampai.
“Jom, naik lekaih.” Aku terus membonceng motosikal ayah. Sampai sahaja di rumah ayah terus menanggalkan tali pinggangnya.
Piap! Piap! Piap!
“Sakit ayah, sakit!”
“Esok-esok nak buat lagi tak?”
“Itah minta maaf ayah. Itah janji Itah tak buat lagi.”
#EditBKHLegasi_Abah
Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment